Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ccra penulisan bagi rincian berikut harus bermula dengan huruf besar atau tidak? contohnya susunan berikut bagi. a. dan b. Adakah frasa pertama selepas a. huruf besar atau tidak? 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyenggara dan menambah baik keselamatan dan kesihatan di USIM. Sumber yang dimaksudkan termasuklah sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi.

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 50 dan 119, setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. Tanda titik bertindih (:) digunakan sebagai penanda untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Cara penulisan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 

3.1       Tanggungjawab Pengurusan Universiti

3.1.1   Pengurusan Universiti akan memberikan komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi:

a.     Menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

            b.        Memastikan sumber disediakan untuk membangun .....

Tatabahasa02.04.2024
Selamat sejahtera. Soalan 1 Ayat 1: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira. Ayat 2: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya. Ayat 1 dan Ayat 2, yang manakah ayat yang betul? Soalan 2 Ayat 1: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat. Ayat 2: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya. Ayat manakah yang betul? Soalan 3 Adakah perkataan "dengan" hanya boleh digunakan sebagai kata sendi nama? ataupun "dengan" juga boleh digunakan sebagai kata hubung? Sila berikan contoh. Terima kasih.

1. Ayat “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira” dan  “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya”, kedua-duanya betul.1">

2. Ayat “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat” dan “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya”, kedua-duanya betul.1">

3. Kata “dengan”  boleh digunakan sebagai kata hubung dan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.
Tatabahasa05.10.2022
Soalan berdasarkan Dokumen (1) (2)(1)

Ayat yang betul ialah “Nama genus itu diberikan sebagai penghormatan kepada penjelajah terkenal, iaitu Alfred Russel Wallace.”

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

Tatabahasa29.11.2024
Ayat mana yang lebih tepat ya? 11x Kelebihan 11 Kelebihan dalam 1 11 dalam 1 Kelebihan Terima kasih.Cadangan ayat yang tepat ialah 11 kebaikan dalam 1.Sastera02.03.2023
1. Saya lagi belum makan. 2. Saya belum lagi makan. 3. Saya belum makan lagi. Yang manakah penggunaan kata "lagi" yang tepat?Ayat yang betul ialah "Saya belum makan lagi." Tatabahasa25.02.2026
1. Tekanan yang berterusan boleh lagi memburukkan masalah kesihatan seseorang. 2. Tekanan yang berterusan boleh memburukkan masalah kesihatan seseorang lagi. Yang manakah ayat yang tepat?

Ayat yang betul ialah “Tekanan yang berterusan boleh memburukkan lagi masalah kesihatan seseorang.”

Tatabahasa25.02.2026
1.Bapa membeli sebuah meja tulis (untuk)Mei Ling. 2.Encik Raj telah membuat sebuah meja tulis( untuk) Selvam. Adakah kedua-dua ayat ini merupakan ayat majmuk?

Kedua-dua ayat yang dikemukakan bukan ayat majmuk. Ayat tersebut ialah ayat tunggal yang mempunyai keterangan.  Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 497 - 529.

Tatabahasa16.01.2026
1. Adakah terdapat perbezaan penggunaan "dijumpai" dan "ditemui"? Misalnya, untuk teknologi maklumat, terjemahan tepat untuk "the search string is not found" adalah "istilah carian tidak ditemui" atau "istilah carian tidak dijumpai"? 2. Tolong jelaskan penggunaan "boleh" dan "dapat" secara terperinci. Misalnya, dalam ayat: "Templat dokumen anda tidak dapat dimuat naik kerana terdapat ralat." Adakah "dapat" digunakan dengan betul atau patutkah "boleh" digunakan dalam ayat tersebut, dan kenapa? 3. Tolong jelaskan penggunaan "dari" dan "daripada" secara terperinci. Misalnya, (a) "Pilih jenis medan yang sesuai dari senarai juntai bawah" - adakah dari atau daripada yang tepat, dan kenapa? (b) Untuk mengemas kini tarikh akhir tandatangan, anda mesti masukkan tarikh yang lebih lewat daripada hari ini. 4. Tolong bezakan bila "hingga" dan "sehingga" patut digunakan? Terima kasih.
  1. Perkataan “ditemui” lazimnya merujuk sesuatu yang ditemukan melalui usaha, kajian, atau penyiasatan. Perkataan “dijumpai” pula merujuk kepada sesuatu yang terjumpa atau didapati, kadang-kadang secara kebetulan. Dalam ayat contoh yang diberikan, ayat yang gramatis ialah "istilah carian tidak ditemui". Huraian lanjut berkaitan dengan maksud dan contoh penggunaan perkataan “ditemui” dan “dijumpai” boleh dirujuk melalui Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 919 dan 2314.
  2. Perkataan “boleh” dan “dapat” membawa makna yang sama, iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan atau diizinkan. Contoh pemilihan kata dalam ayat yang diberikan adalah betul. "Templat dokumen anda tidak dapat dimuat naik kerana terdapat ralat." Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkataan “boleh” dan “dapat”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 311 dan 477. 
  3. Jawapan bagi pertanyaan yang lain adalah seperti yang dilampirkan. 
Tatabahasa23.12.2025
1. Adakah penggunaan kata pemeri boleh digandingkan dengan kata tugas (kata bantu)? Contoh: Kelebihan sukan ini ialah/adalah dapat menyihatkan tubuh badan. Yang manakah betul? 2. Penggunaan kata kerja dengan kata pemeri apa yang betul? ialah atau adalah? Contoh: ialah/adalah menanam sayur

Kata pemeri “ialah” dan “adalah” tergolong dalam jenis kata tugas, tidak boleh digandingkan dengan kata bantu dan tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.

Kata pemeri “ialah” digunakan di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh Ayat:

(i)   Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.

(ii)  Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 249 hingga 265.

Tatabahasa17.12.2025
1) duduk melingkari unggun api 2) duduk mengelilingi unggun api Mana satu betul?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'melingkari' ialah melingkar, melilit, memĀ­belit, mengelilingi atau melingkungi manakala 'mengelilingi' ialah  berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, melingkari, mengedari atau menjelajah. Maka kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.
Istilah28.11.2025
12345678910...

Kembali ke atas