| strand 1 vt (usu pass.), (run aground) dampar; (stopped from continuing) terkandas: the vessel was ~ed on a sandbank, kapal itu terdampar di tebing pasir; he was ~ed in Karachi, dia terkandas di Karachi; Kamus Inggeris-Melayu Dewan maroon 1 vt 1. abandon , membuang, mengasingkan: they ~ed the poor sailor on an island , mereka membuang kelasi yg malang di sebuah pulau; 2. ( always pass. ) strand , terkandas, terdampar: the survivors Kamus Inggeris-Melayu Dewan Sesuaikah "stranded patient" diistilahkan sebagai "pesakit terkandas" | Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England, stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula; “A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review. A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.” Berdasarkan huraian di atas, perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient boleh diterima berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). | Istilah | 18.11.2018 |
| Buku Tatabahasa mana yang dianggap sahih iaitu: (a) Nahu Melayu Mutahir Ed Kelima oleh Asmah Hj Omar; atau (b) Tatabahasa Dewan Ed Ketiga oleh Nik Safiah Karim dll? Kedua-dua mempamerkan pandangan dan panduan yang amat bertentangan dan menimbulkan kekeliruan. Ini tidak sepatutnya berlaku. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Buku tatabahasa yang sahih ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 09.08.2016 |
| Bagaimanakah cara tulis nota kaki buat rujukan yang disunting serta diterjemah daripada bahasa lain? Dalam kata lain, bagaimanakah cara tulis singkatan 'ed.' (edited by) dan 'trans.' (translated by) dalam Bahasa Melayu? Setahu saya, 'trans.' dalam Bahasa Melayu ialah 'terj.' Bagaimana pula untuk ed. (edited by)? Adakah dalam BM 'ed.' menjadi 'sunt.'? Sehubungan dengan itu, adakah kaedah dibawah, yang mengejakan 'suntingan' dan 'terjemahan' secara penuh dan meletakkan maklumat tersebut antara parantheses, tepat? Jalaluddin Rumi, The Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), (Cambridge: Gibb Memorial Trust, 1982). Bantuan pihak Khidmat Nasihat amat dihargai | Dalam bahasa Melayu, tiada singkatan digunakan bagi nota kaki rujukan untuk suntingan dan terjemahan. Penggunaan perkataan yang diberikan oleh puan boleh digunakan, terjemahan dan suntingan Reynold A. Nicholson. | Lain-lain | 08.01.2020 |
| Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih. | 1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir. 2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
| Salam, bagaimana mahu terjemah ayat ini? Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens Terima kasih. | DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens ialah Lensa ultraluas PC Nikkkor 19mm f/condong-anjak 4E ED Nikon. | Istilah | 04.11.2016 |
| T/B Dewan Ed 3 m/s 173 memberi contoh ayat pasif menggunakan imbuhan kata kerja ter-. Kesemua contoh ayat pasif terdiri daripada subjek GND3 sahaja. Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. TK | Ayat pasif kata ganti nama diri pertama pertama dan kedua diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 491. Contohnya Makanan itu belum kurasai lagi dan Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya atau Bunga itu akan saya pijak dan Pasu yang berat itu akan kauangkat. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
| Makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
| Tuan, dalam Tatabahasa Dewan Ed Ketiga m.s 391, terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Sebagai contoh kata menyeramkan, menyedihkan , membimbangkan, menggembirakan, menyenangkan dll. Soalan saya, adakah kata-kata di atas kata kerja transitif? Hal ini disebabkan kata-kata tersebut boleh diikuti oleh frasa nama. Sekiranya ya, bermaksud ayat-ayat berikut boleh dipasifkan. 1. Filem itu sungguh menyeramkan kami (aktif) menjadi : Kami diseramkan oleh filem itu. (pasif) 2. Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa. (aktif) menjadi : Para ibu bapa amat disenangkan oleh berita baik kejayaan anak-anak di sekolah. (pasif) Bukankah ayat-ayat pasif di atas ganjil bunyinya? Harap tuan dapat beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Kata kerja tersebut ialah kata kerja transitif. Ada beberapa ciri kata kerja tersebut, iaitu: objeknya terdiri daripada kata ganti nama diri; kata ganti nama diri tersebut boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat; membawa maksud emotif/berkaitan dengan perasaan; kata dasar kata kerja tersebut lazimnya ialah kata adjektif; dan ayat tersebut ialah ayat penyata. Kata kerja tersebut boleh dipasifkan, tetapi bentuk pasifnya jarang digunakan. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
| Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih. | Puan Jeannet, Makna 'relevan' ialah berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan. Kamus Inggeris Melayu Dewan. (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan. | Makna | 18.01.2010 |
| Apakah makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |