Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Terdapat perbezaan pendapat antara Sara dengan Lina. 2. Terdapat perbezaan pendapat antara Sara dan Lina. Yang manakah betul?Yang betul ialah yang pertama, iaitu terdapat perbezaan pendapat antara Sara dengan Lina.Lain-lain10.11.2006
1)Lina menanam( sawi / sayur sawi) di kebun. 2)Datuk mencangkul tanah (menggunakan cangkul).Adakah ayat ini betul? 3)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul?

Selamat petang:
1. Lina menanam sayur sawi di kebun.
2. Datuk mencangkul tanah.
3. Nenek memetik kacang panjang.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa19.10.2016
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah ayat di berikut betul. 1. Cikgu Lina tiada di pejabat, beliau telah pergi mengajar. (Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan "going to class untuk mengajar?) 2. Kami belajar 5 jam pada hari Isnin, semuanya ada 8 waktu kelas. (Adakah "waktu kelas" betul? Jika tidak, apa yang sesuai untuk menjelaskannya. ) Sekian.Ayat yang betul ialah:
1. Cikgu Lina tiada di pejabat, beliau telah pergi ke kelas untuk mengajar.
2. Pada hari Isnin, kami belajar 8 waktu kelas selama 5 jam.
Tatabahasa13.06.2019
Assalamualaikum... Boleh jelaskan jawapan yang tepat. 1."Sila semak jawapan ________sebelum menghantarnya," pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya. Jawapannya kamu atau anda. 2.Saya yakin ________dia akan menang nanti. Jawapannya yang atau bahawa 3. Adakah kedua-dua ayat ini ayat tunggal. i. Kucing itu mengiau. ii.Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zaki.Waalaikumussalam,

1. Sila semak jawapan kamu sebelum menghantarnya," pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya.

2. Saya yakin yang dia akan menang nanti.

3. i.. Kucing itu mengigau - ayat tunggal
    ii. Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zakit - ayat penyata

Tatabahasa18.08.2015
Assalamualaikum dan salam seahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan bagi merujuk tingkap kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar keretanya.Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela.  Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Makna15.04.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah perbezaan maksud bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan untuk merujuk kepada 'tingkap' kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar.Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela.  Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Makna15.04.2014
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013

Kembali ke atas