| Selamat sejahtera. Saya menghadapi masalah tentang 2 soalan yang muncul dalam kertas ujian Tahun 6. Soalannya ialah: 1. Manaf bermain di halaman. ( Adakah ayat ini betul? Ataupun ayat sepatutnya begini: Manaf bermain di halaman rumah? ) 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung ( Apakah jawapan yang lebih sesuai dalam konteks ayat ini? ) ( Guru yang menyediakan soalan memberikan jawapannya 'A'. Namun, saya merujuk kepada Kamus Dewan, saya dapati 'pedih' boleh menjadi jawapan yang sesuai. Jawapan saya tidak diterima. ) Bolehkah tuan memberikan saya jawapan yang sebenar? Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih jika tuan dapat membantu saya. | 1. Ayat yang betul ialah " Manaf bermain di halaman rumah.". 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung Jawapan yang lebih sesuai ialah runsing. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
| Nurul Shaza Ab Manaf 11.14 PAGI Assalamualaikum Saya ingin bertanya.. Dimanakah boleh saya rujuk, untuk dapatkan ejaan yang sebenar untuk nama-nama surah dalam Al-Quran ya? terima kasih.. | Puan boleh merujuk buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, (tahun 1995) - Lampiran 7 (Senarai Surah), halaman 251 - 255). | Ejaan | 08.06.2017 |
| langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
| Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan saya dalam DBP Ai | Salam sejahtera puan budiman, Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341 | Lain-lain | 22.06.2019 |
| Salam tn/pn Bolehkah borang pemohonan jawatan di DBP dihantar melalui email.memandangkan keadaan susah keluar sekarang. Terima kasih | Salam sejahtera, Permohonan jawatan kosong Borang permohonan jawatan kosong DBP tidak boleh dihantar melalui e-mel, borang perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341 | Lain-lain | 20.03.2020 |
| selamat malam tuan.saya ada pertanyaan tentang jawatan jentera elektrik.saya ada sijil kebolehan dari jkkp untuk injin pembakaran dalam kilang boleh ka saya isi ini jawatan. | Salam tuan, PERMOHONAN JAWATAN KOSONG Tuan boleh mengisi dan menghantar permohonan tersebut berserta dengan sijil kelayakan yang diperoleh untuk tujuan penilaian selanjutnya. Permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: - Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau
- Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341
| Lain-lain | 13.03.2020 |
| Bagaimanakah cara untuk menghantar borang permohonan kerja melalui dalam talian? | PERMOHONAN KERJA: Permohonan jawatan kosong/kerja tidak boleh dihantar melalui dalam talian, borang boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: - Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau
- Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341
| Lain-lain | 10.03.2020 |