| ID Nai SAT 13:16 ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan Saya, Nur Asrina Idris, Mahasiswa Tahun 3 dari Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Komunikasi Profesional dan Media ingin mengetahui jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia ada menawarkan penempatan latihan praktikal industri (internship). Program latihan praktikal industri (internship) tersebut adalah salah satu program yang dikelolakan oleh Universiti Brunei Darussalam bagi pelajar Tahun 3. Program tersebut akan diadakan selama 14 minggu bermula bulan Februari/Mac 2017. Besarlah harapan saya jika pihak Tuan dapat memberikan jawapan dalam masa terdekat. Sekian, Terima kasih. | Segala program yang berkaitan dengan latihan industri dan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Ketua Bahagian Tuan Haji Abang Padeli bin Abang Muhi, e-mel apam@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479000/01/02. | Lain-lain | 07.01.2017 |
| ceraikan suku kata untuk 1. tiup = ti + up 2. naik = na + ik 3. menaiki = me + na + ik + i 4. meniup = me + ni + up adakah suku kata di atas diceraikan dengan betul? | 1. tiup = tiup 2. naik = nai/ 3. menaiki = me.nai.ki 4. meniup = me.niup | Tatabahasa | 22.03.2015 |
| "Salam Tuan. Alumni disebut alum-nai atau alum-ni ? sekian terima kasih." | Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, alumni disebut sebagai a.lum.ni. Sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan-Jawi edisi kedua muka surat 174. | Tatabahasa | 06.02.2013 |
| beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''. | Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita. | Lain-lain | 12.04.2010 |
| saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi? | Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. 1. INGIN. i/ngin 2. DENGAN. de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan 4. PERANGAI. pe/ra/ngai 5. SANGAT. sa/ngat? 6. TERINGAT. te/ri/ngat, ter/i/ngat 7. MENGIRA. me/ngi/ra 8. SUATU. sua/tu? 9. SEMUA. se/mua 10. MENAIKI. me/nai/ki, me/nai?/ki 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
| mohon pencerahan berkenaan dengan pengunaan tafsiran dan takrifan dalam penggunaan sesuatu ayat? bagaimana pula dengan refinition dan interpretation? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud interpretation ialah tafsiran atau pentafsiran. Manakala istilah refinition masih belum ada dalam pangkalan data kami. Maksud tafsiran menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah tafsiran bermaksud penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dan lain-lain. Contoh ayat ialah "Berbagai-bagai tafsiran telah diberikan terhadap kenyataan tersebut" manakala takrifan pula maksudnya sama dengan definisi. Bagi maksud definisi ialah kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, takrif dan lain-lain. | Makna | 14.11.2018 |