untuk paparan di kaunter pertanyaan yang mana sesuai" boleh kami membantu anda?" "anda perlukan bantuan?" atau ayat lain yang bersesuaian. | Ayat yang sesuai ialah "Bolehkah kami membantu anda?" dan "Anda perlukan bantuan?" | Tatabahasa | 29.01.2009 |
Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah membuat satu kesalahan dalam laman sosial Facebook anda. Anda mengatakan bahawa bentuk "diubahsuai" adalah betul dan bentuk "diubah suai" salah. Sepatutnya bentuk yang dieja terpisah, iaitu "diubah suai" betul kerana kata majmuk yang menerima imbuhan yang terdiri daripada awalan sahaja masih dieja terpisah. Dalam perihal ini, kata majmuk "ubah suai" menerima awalan pasif di-, jadi sepatutnya dieja terpisah, iaitu "diubah suai". Tolong betulkan kesalahan ini. Terima kasih DBP! | Terima kasih atas maklumat yang tuan berikan, hal ini akan dipanjangkan kepada pentadbir Facebook berkenaan. | Lain-lain | 18.08.2014 |
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Sdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Tatabahasa | 26.09.2007 |
Tuan / Puan Saya ingin bertanya kepada pihak tuan, apakah penting untuk kita mengekalkan imbuhan awalan dalam teks formal, contohnya seperti " Anda himpunkan pasukan anda atau anda menghimpunkan pasukan anda" Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah "anda menghimpunkan pasukan anda". | Tatabahasa | 03.08.2015 |
peringkat-peringkat perancangan bahasa | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh merujuk buku-buku seperti dibawah : 1. Warna dan suasana : perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2006 2. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia | Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1989 3. Pembinaan Bahasa Melayu - Perancangan Bahasa di Malaysia | Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1992 | Lain-lain | 06.04.2008 |
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMAT | Soalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
| Lain-lain | 07.10.2016 |
Apakah jawatan yang telah diberi oleh O.T DUSSEK kepada Pendeta Za'bs di SITC? | Terima kasih atas soalan anda, anda boleh membuat rujukan seperti di bawah : 1.www.bahau.com.my/english/eteratak.htm 2. Pendeta Tan Sri Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 16 September 1895-23 Oktober 1973 | Norhalim Haji Ibrahim | Lembaga Muzium Negeri Sembilan | 2006 3. Za'ba dan Melayu | Adnan Hj. Nawang | Berita Publishing | 1998 | | Lain-lain | 15.07.2008 |
Saudara yang dihormati, Dalam ayat yang berikut: "Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini", adakah penggunaan "ingin anda" betul atau "anda ingin" sepatutnya digunakan. Apakah rasional untuk penggunaan kata-kata di atas? Jika penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin" di atas ada bezanya, bolehkah saudara berikan contoh-contoh penggunaannya dalam situasi yang berlainan? Terima kasih kerana menjelaskan masalah di atas. Yang benar, Chet | Ayat yang betul ialah : Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini. Mengikut hukum Aneksi Persona bagi kata ganti kedua dalam tatabahasa bahasa Melayu frasa yang betul ialah ingin anda. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan beri penjelasan lanjut tentang penggunaan "...yang boleh anda ..." dan "...yang anda boleh ...". Contohnya "Telefon ialah alat yang anda boleh gunakan untuk memanggil seseorang" dan "Telefon ialah alat yang boleh anda gunakan untuk memanggil seseorang". Apakah perbezaan maksud kedua-dua ayat tersebut? Bilakah masanya untuk menggunakan "...yang boleh anda..." dan "...yang anda boleh...". Harap tuan dapat beri penjelasan. Terima kasih atas bantuan tuan. | Kedua-dua frasa tersebut betul bergantung pada perkataan mana yang tuan hendak dahulukan sama ada "yang boleh anda" atau "yang anda boleh". Tidak ada perbezaan dari aspek makna cuma penekanan kepada perkataan boleh atau anda. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
Kebanyakan beg kelihatan serupa, sila pastikan beg anda dengan menyemak nombor daftar beg anda sebelum pulang. | Kebanyakan beg kelihatan serupa. Pastikan anda menyemak nomobor daftar beg anda sebelum anda pulang. | Tatabahasa | 24.07.2008 |