Antara budaya timur, budaya Timur, dan Budaya Timur, yang mana satu betul? Terima kasih. | budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besar | Tatabahasa | 25.10.2012 |
Apakah itu budaya tinggi dan budaya rendah? dan sumber rujukan mana yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjut | Tidak ada maklumat yang rinci tentang budaya tinggi dan budaya rendah dalam pangkalan data kami. Budaya tinggi lazimnya diakitkan dengan budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; manakala budaya rendah dikaitkan dengan pengamalan yang kurang baik dan tidak maju. | Makna | 24.03.2015 |
Assalamualaikum.. Saya ingin tahu maksud ayat "Interaksi Tamadun dan Silang Budaya" | Interaksi Budaya merupakan istilah sosio budaya yang mempunyai maksud yang tersendiri. DBP mempunyai maksud mengikut istilah bahasa iaitu: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Interaksi -tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak . Silang Budaya- Mengikut istilah yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANG | Budaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk. | Makna | 08.01.2008 |
maksud kesan pertembungan budaya | Pertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial. | Makna | 06.04.2014 |
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama? | Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Makna | 21.06.2010 |
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih. | Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. | Tatabahasa | 04.05.2020 |
pantai Timur betul atau pantai timur? cth negeri2 pantai timur/Timur? budaya timur betul taua budaya Timur?? | Jika merujuk pada negeri-negeri pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, maka T ditulis dengan huruf besar. Begitu juga jika merujuk pada kata nama khas seperti budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 30.01.2009 |
jikalau soalan minta membincangkan BAHASA TERAS BUDAYA,bolehkah bincangkan dakam konteks malaysia iaitu bahasa melayu dan budaya malaysia?bagaimana bahasa menjadi teras budaya?terima kasih. | Tajuk Bahasa Teras Budaya mempunyai definisi yang luas. Dari segi takrif, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara bagi sesebuah kelompok manusia. Budaya pula ialah tamadun, peradaban dan akal budi sesebuah masyarakat. Dalam konteks soalan ini, bahasa teras budaya, hendaklah dianalisis secara mendalam kerana dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, nilai-nilai perpaduan hendaklah diberikan keutamaan. | Lain-lain | 19.02.2008 |
Saya sebagai seorang pelajar sedang membuat kajian berkaitan perbezaan makna bagi perkataan yang sama iaitu. Seni budaya dan budaya seni. Boleh saya dapatkan lebih informasi mengenai perbezaan kedua makna tersebut dan mengapa ia mempunyai maksud yang berbeza, frasa dan konsep yang digunakan. Jika tidak keberatan, saya ingin menemu ramah seorang pakar bahasa sebagai kajian saya supaya lebih mudah untuk difahami. | Mengikut hukum D-M, perkataan yang betul ialah Seni Budaya yang bermaksud jenis-jenis seni yang mengandungi unsur budaya seperti seni tari, seni rupa, seni lukis, seni muzik, seni teater dan lain-lain. | Istilah | 19.03.2019 |