Saya pernah terbaca mengenai penggunaan dalam kalangan @ di kalangan dalam majalah keluaran DBP tahun lepas. Sebelum ini penggunaan di kalangan adalah salah. Namun, menurut majalah tersebut, penggunaan di kalangan adalah diterima semula. Apakah status penggunaan di kalangan ketika ini? | Di kalangan dan dalam kalangan, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanpun penggunaan yang paling mantap/baku ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Sementara kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
saya nak tanya yang mana yang mesti digunakan.... sama ada " dalam kalangan" atau " di kalangan"... | Kalangan juga bermaksud 'golongan'. Apa pendapat saudari sekiranya ia dipadankan dengan kata sendi 'di' menjadi 'di golongan'... Sudah tentu tidak sesuai. Begitulah juga halnya dengan kata 'kalangan'. Dalam kalangan = dalam golongan. | Tatabahasa | 06.08.2009 |
Sila jelaskan perbezaan antara "di kalangan" dan 'dalam kalangan". Terima kasih | Tidak ada perbezaan fungi di kalangan dan dalam kalangan. Walau bagaimanapun frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. | Tatabahasa | 09.09.2011 |
Asalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Saya juga ingin bertanya tentang penggunaan perkataan berkaitan 'kalangan'. Setahu saya, berdasarkan kamus dewan bahasa keempat, perkataan 'di kalangan' telah ditukar kepada 'dalam kalangan'. Apakah perkataan 'di kalangan' tidak boleh digunakan langsung dalam ayat? Terima kasih, | Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
A)di kalangan pelajar B) dalam kalangan pelajar Ayat mana yang betul. Terima kasih | "Di kalangan" dan "Dalam kalangan", kedua-duanya boleh digunakan namun yang paling tepat ialah "Dalam kalangan". | Tatabahasa | 06.06.2009 |
yang mana betul? di kalangan atau dalam kalangan. dalam pelita bahasa frasa dalam kalangan digunakan dengan produktif, tetapi kD4 menggunakan frasa di kalangan. mohon penjelasan. | Penggunaan yang betul ialah dalam kalangan. | Tatabahasa | 21.01.2012 |
Salam sejahtera, Saya aada beberapa kemusykilan. 1. Penggunaan di kalangan dan dalam kalangan.-dalam kamus Dewan jelas menunjukkan penggunaan di kalangan, pelajar keliru apabila terdapat percanggahan dalam peperiksaan , menyatakan di kalangan salah dari segi penggunaanya. 2. Mohon penjelasan mengenai penulisan penanda wacana a) selain daripada itu b) oleh yang demikian c) sehubungan dengan itu penggunaan kata-kata ini berbeza mengikut penulis/penerbit buku. 3. Adakah pihak DBP memantau kesahihan penulis buku-buku rujukan/latihan /karangan Bahasa Melayu semua peringkat? Terima Kasih | 1. Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Oleh itu, untuk tujuan peperiksaan kami cadangkan frasa "dalam kalangan" digunakan. 2. Penanda wacana yang betul ialah selain itu. Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain itu sudah bermaksud lain daripada. Frasa "oleh yang demikian" betul dan membawa maksud lantaran itu. Frasa "sehubungan itu" dan "sehubungan dengan itu" betul. Walau bagaimanapun, frasa gramatis ialah 'sehubungan dengan itu" kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu, perlu ada dengan. 3. DBP memantau penggunaan bahasa dalam buku teks/rujukan terbitan DBP sahaja. | Tatabahasa | 23.01.2013 |
Salam. Antara dua perkataan ini "dalam kalangan" dan "di kalangan" yang manakah tepat untuk digunakan dalam merujuk sesuatu golongan. Hal ini kerana dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, di bawah perkataan "kalang"(-kalangan), terdapat contoh ayat yang menggunakan perkataan "di kalangan". Manakala di bawah perkataan "dalam" ada dinyatakan perkataan seerti bagi perkataan "dalam" iaitu "di kalangan".(rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4). Mohon penjelasan dalam hal ini. Sekian. | Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 07.09.2011 |
apakah pengunaan kata sendi nama yang betul sebelum lema 'kalangan'? contohnya: '... dalam kalangan...' ataupun '... di kalangan ...' manakah yang lebih tepat dan betul digunakan? | Saudara, Yang lebih tepat dan betul ialah dalam kalangan kerana merujuk lingkungan bukan tempat. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
di kalangan Muslim dikatakan salah dan dikatakan betulnya dalam kalangan Muslim. Adakah kedua-duanya betul dalam BM dan DBP? | Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 07.11.2012 |