Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl pengiring, pembantu: siapa yg akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia; berkapit ada kapitnya, berpengiring, berĀ­pembantu: marilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~; mengapit 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin; mengapitkan menjadikan tersepit (terhimpit); terkapit terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; kapitan 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit; pengapit pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = pengapit 1 orang yg menemani atau membantu raja dll; pembantu atau teman: ~ pengantin orang yg menjadi teman pengantin dlm majlis perkahwinan; ~ raja raja muda. 2 alat yg digunakan utk menyepit. berkapit ada kapitnya; ada temannya (pembantunya). mengapit 1 menekan dr kedua-dua belah tepi atau sisi; menghimpit; menyepit. 2 menemani atau membantu (raja, pengantin dsb). terkapit terhimpit; tersepit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapit (kata nama)
1. Bersinonim dengan iringan: teman, kawan, pembantu,

2. Bersinonim dengan sepit: himpit, lindis, tekan, gigit, kacip,

Kata Terbitan : berkapit, mengapit, terkapit, pengapit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya Canigia Uden. Guru dari SMK Kapit, Sarawak. Saya ingin bertanya tentang perkataan Graduasi. Saya sedia maklum bahawa perkataan ini tiada dalam kamus dewan, juga dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Malah, pernah ada isu dulu bahawa penggunaan perkataan ini tidak dibolehkan di sekolah, terutamanya untuk Tingkatan 6 ataupun MRSM. Oleh kerana sekarang merupakan hujung tahun, banyak sekolah mengadakan majlis kepada pelajar-pelajar yang akan tamat pembelajaran mereka seperti pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan juga di MRSM. Saya melihat banyak sekolah menggunapakai perkataan ini, "Majlis Graduasi MRSM ABCD", ataupun "Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6". Jadi, saya keliru. Adakah perkataan ini sudah dibolehkan untuk dipakai dan diterima ? Mohon pencerahan dan penjelasan daripada yang lebih afdal

Padanan bagi kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan yang bermaksud memperoleh ijazah atau diploma. Bagi pelajar yang akan tamat sekolah tingkatan 5 atau 6, majlis tersebut boleh dinamakan sebagai Majlis Penyampaian Sijil. Walau bagaimanapun, Majlis Graduasi juga sudah boleh diterima pakai.

Istilah24.10.2019
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Beam Presses 2.Blanking Presses 3.C-frame Presses 4.Clamping Presses 5.Clicker Presses 6.Coining Presses Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu  yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Beam Presses - Penekan Alur
2.Blanking Presses  - Penekan Tebuk
3.C-frame Presses - Penekan Kerangka C
4.Clamping Presses – Penekan Kapit
5.Clicker Presses –Penekan Potong Terap
6.Coining Presses – Penekan Tera

Istilah05.04.2016

Kembali ke atas