APAKAH PENGERTIAN PAPAN TANDA,PAPAN KENYATAAN DAN PENGUMUMAN | Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan ialah papan yang memaparkan sesuatu kenyataan atau notis/makluman. Papan pengumuman sama maksudnya dengan papan kenyataan. | Makna | 29.04.2009 |
perbezaan diantara papan tanda dan papan kenyataan. berikan ciri2 dan contoh2nya | Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan); papan kenyataan ialah papan tempat ditulis atau ditampalkan kenyataan (larangan, pengumuman, dll. Untuk malumat tentang ciri dan contoh sila buat rujukan di perpustakaan. | Makna | 20.04.2009 |
"kertas itu ditampal pada papan kenyataan" atau "kertas itu ditampal di papan kenyataan" Perkataan yang manakah sesuai untuk digunakan edan mengapa? | Kertas itu ditampal pada papan kenyataan - menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja | Tatabahasa | 06.05.2011 |
apakah bezanya di antara perkataan "kenyataan", "penyataan" dan "pernyataan"? Sekiranya saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "statement". istilah bahasa Melayu manakah yang paling tepat untuk digunakan? | Kenyataan bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan, penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara. Ketiga-tiga perkataan ini diterjemhkan kepada bahasa Inggeris sebagai statement, oleh itu bahasa Melayu telah memberi penafsiran yang lebih banyak dan digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaannya. | Makna | 16.11.2009 |
MOHON SEMAK SEKIRANYA KENYATAAN BAGI PERKARA 1 - ADAKAH BENAR INI MAKSUD BAGI KENYATAAN TERSEBUT DAN BAGI PERKARA 2, BOLEHKAH KOMA DIGUNAKAN SEBELUM PERKATAAN DAN. TERIMA KASIH. | Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana merah, hijau dan kuning dalam kategori yang sama. Maksud yang juga diberikan tidak tepat. Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yang berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yang diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk dan banyak lagi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 28.05.2013 |
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQ | Pihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. = sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Tolong jelaskan perbezaan di antara "pernyataan", "kenyataan", "penyataan"? | Penyataan ialah perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya, pernyataan ialah pemberitahuan atau pemakluman dan kenyataan ialah keterangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 12.08.2013 |
Apakah maksud fenomena.? | Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. | Makna | 11.09.2006 |
Di pagar masuk ke syarikat saya ada diletakkan kenyataan sebegini "Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd, Mengilang Litar Bersepadu". Soalan saya adalah, adakah betul penggunaan ayat Mengilang Litar Bersepadu itu? | Kenyataan tersebut sepatutnya ditulis begini: Kilang Litar Bersepadu Spansion (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Saya hendak bertanya ayat ini; 1. Acu cuba makan kuih ini. (Betul tak kenyataan ini? ) 2. a) Ahmad selalu mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. b) Ahmad selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. ( Kenyataan a atau b yang betul ? ) | 1. Acu cuba makan kuih ini. - ayat ini tidak gramatis kerana kata acu juga bermaksud cuba. Oleh itu, ayat yang gramatis "Cuba makan kuih ini". 2. b) Ahmad selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. | Tatabahasa | 21.08.2011 |