Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; melayah meliuk ke kiri ke kanan, ke hadapan atau ke belakang (spt kayu ditiup angin, orang menari dsb); terlayah terlentok atau terliuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (kain) tudung muka, berguk; melayahkan menutupkan kain (pd muka, kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; melayah = melayah-layah terbang rendah-rendah, terbang labuh: tiba-tiba ibu burung melayah-layah di atas kepala Mat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; melayah melentokkan badan (ke kiri ke kanan atau ke hadapan ke belakang); meliuk ke kiri ke kanan. terlayah terlentok atau terliuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; melayah terbang rendah-rendah; terbang labuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layah
Rujuk :liuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah dimaksudkan dengan kopah dan terkopah- layah. 2)apakah maksud berceratuk dan sesuaikah digunakan: berceratuk kopiah di atas kepala? 3)bagaimanakah hendak menggunakan kata pemeri "ialah dan adalah" dengan betul? 4)saya betul2 keliru bagaimana hendak menggunakan kedua - dua kata pemeri tersebut.Bolehkah nanti penerangan terperinci beserta dengan contoh - contoh mudah diselitkan dalam penerangan tersebut. 5)saya amat berbesar hati, sekiranya pihak tuan menjawab pertanyaan saya ini dan pertanyaan terdahulu dengan kadar segera kerana saya amat memerlukan informasi penting ini , ia mempengaruhi kerja saya dan juga pengguna bahasa lain di luar sana. 6)sekian terima kasih......1. Kopah bermaksud berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll), walau bagaimanapun tidakada dalamsumber rujukan kami.  2. Berceratuk bermaksud duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak, ayat berceratuk kopiah di atas kepala - tidak sesuai, tidak mungkin kopiah diatur banyak-banyak di atas kepala. 3. Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja, contoh aayat; Anaka ialah anugerah Allah. Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, contoh ayat; Matlamat unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tugas, Baju itu adalah baik. Tatabahasa02.09.2008

Kembali ke atas