Yang manakah paling tepat, banyak mempunyai pengalaman atau mempunyai banyak pengalaman coz selepas kata kerja transitif mesti diikuti objek, iaitu menjadi banyak mempunyai pengalaman. begitu juga, menghadapi pelbagai masalah atau menghadapi masalah yang pelbagai, yg manakah paling tepat? terima kasih. | Frasa 'banyak mempunyai pengalaman' dan 'mempunyai pengalaman yang banyak' kedua-duanya adalah betul. Jika mengikut rumus tatabahasa kata kerja transitif mesti diikuti objek, frasa 'banyak mempunyai pengalaman' adalah menepati rumus tersebut. Walau bagaimanapun frasa 'mempunyai banyak pengalaman' juga adalah betul dan yang menjadi isunya di sini ialah perbezaan pendapat tokoh bahasa tentang kelas kata 'banyak'. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'banyak' mempunyai dwifungsi, iaitu bilangan tak tentu dan kata adjektif. Sebagai kata bilangan tak tentu, kata 'banyak' boleh hadir selepas kata kerja transitif 'mempunyai'. Selain itu, frasa 'banyak pengalaman' merupakan frasa nama. Oleh hal yang demikian, frasa nama boleh hadir selepas kata kerja transitif seperti dalam frasa 'mempunyai banyak pengalaman'. | Tatabahasa | 01.03.2011 |
Selamat sejahtera Saya ingin mengetahui sama ada susunan "mempunyai banyak" ataupun "banyak mempunyai" merupakan susunan yang betul. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua "mempunyai banyak" dan "banyak mempunyai" adalah betul. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Ayat manakah yang betul? a) saya mempunyai banyak kawan b) saya mempunyai kawan yang banyak c) saya banyak mempunyai kawan Ayat yang betul ialah saya mempunyai banyak kawan (Jawapan di atas yang diberikan oleh pihak DBP) Persoalannya, bukankah perkataan 'mempunyai' merupakan kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek? Oleh yang demikian, bukankah ayat di atas patut ditulis sebagai 'mempunyai wang yang banyak' Tolong jelaskan kekeliruan di atas kerana kebanyakan buka Bahasa Malaysia yang dituls oleh munsyi DBP menggunakan konsep di atas (kata kerja transitif tetapi jawapan yang diberikan melalui perkhidmatan 'online' DBP pula bercanggah dengan apa-apa yang saya baca dalam buku rujukan. Terima kasih. | Tuan, Ayat (a) boleh digunakan bagi merujuk bilangan dan juga sebagai bahasa percakapan. Dari segi tatabahasa, kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek seperti ayat (b). Oleh itu, ayat yang lebih gramatis ialah ayat (b). Namun, penggunaannya hendaklah berdasarkan situasi dan perkara yang hendak ditekankan. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2011 |
1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. 2. pada masa kini atau pada masa ini. 3. cara betul menulis tajuk atau tema perlu ada tanda petik / inverted commas atau tidak. | 1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. - kedua-duanya betul 2. Yang betul ialah pada masa ini, atau kini. 3. Menulis tajuk sesebuah buku atau hasil penerbitan yang lain dalam sesebuah penulisan perlu ada tang petik dua di awal dan akhir tajuk, seperti: semua pengalaman hidupnya dikongsi dengan masyarakat dalam bukunya "Liku-liku Kehidupan". | Tatabahasa | 29.09.2010 |
Ayat manakah yang betul? a) saya mempunyai banyak kawan b) saya mempunyai kawan yang banyak c) saya banyak mempunyai kawan | Ayat yang betul ialah saya mempunyai banyak kawan. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Ayat yang manakah betul? 1. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. 2. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. | Ayat :(1) Saya mempunyai keluarga yang bahagia' dan ayat (2) Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Kedua-dua ayat betul. Untuk makluman, kata 'sebuah' dalam ayat (2) merupakan penjodoh bilangan yang bukan merupakan unsur wajib dalam ayat. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
..mempunyai manfaat kepada pengguna /..memberikan manfaat kepada pengguna. Soalan : Adakah kedua-dua ayat tersebut gramatis? | Ayat yang gramatis ialah "... memberikan manfaat kepada pengguna". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih. | Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
berdasarkan jawapan tuan tempohari, Bolehkah saya merumuskan bahawa hanya kata ganda penuh sahaja yang mempunyai tanda sempang. Manakala kata ganda bebas tidak mempunyai tanda sempang. | Rumus yang betul ialah kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
rujukan bagi yang berikut, yang manakah TEPAT penggunaannya? bergelar datuk, mempunyai kelulusan doktor falsafah, mempunyai gelaran warisan tengku, telah menunaikan ibadah haji. datuk dr. haji tengku ali @ datuk dr. tengku hj. ali? | Yang betul ialah Datuk Dr. Haji Tengku Ali. | Lain-lain | 29.10.2009 |