1)Navin menampal poster. 2)Navin menampal(kan) poster. Ayat yang mana satu betul? | Ayat yang betula ialah Navin menampal poster. | Tatabahasa | 09.07.2015 |
Ayat yang manakah betul? a) Ali menampal nota itu di dalam buku latihan. b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. c) Ali menampal nota itu pada buku latihan. | b) Ali menampal nota itu dalam buku latihan. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
Cikgu Sulaiman __________ syarat-syarat untuk menyertai pertandingan berpidato pada papan kenyataan. [ menampal / melekat / menempel ] Adakah ketiga-tiga jawapan di atas betul? Adakah ada jawapan yang paling tepat? Jika ada, apakah penjelasannya? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah menampal. Menampal bermaksud merekat sesuatu (pelekat, poster dan lain-lain) pada sesuatu. | Tatabahasa | 28.09.2021 |
Merujuk kepada jawap an yang tuan bagi(Bilangan 1 dan 2),yang mana satu tepat?terima kasih | Ayat yang betul ialah Navin menampal poster. Merujuk Kamus Dewan menampal bermaksud merekat sesuatu seperti pelekat dan poster pada sesuatu, maka kata menampal lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 12.07.2015 |
1. Ali menampal/menampalkan poster pada dinding. 2. Ali sedang menggantung/menggantungkan langsir di ruang tamu. Minta penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ali menampal poster pada dinding. 2. Ali sedang menggantung langsir di ruang tamu. | Tatabahasa | 20.12.2022 |
salam perpaduan,Minta pembetulan ayat berikut" di sini ada jual tiub motor dan menampal tiub". | Jika untuk nama kedai penamaan yang betul ialah "Kedai Tiub Motor" dan untuk keterangan tambahan di bawahnya "Menjual dan menampal tiub motor" | Tatabahasa | 03.04.2011 |
1.Dia menggantung/menggantungkan jam itu di/pada dinding. 2.Dia menampal/menampalkan gambar di/pada papan kenyataan. 3.Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi/diperoleh agar ilmu tersebut kekal dalam ingatan kita. 4.adakah tidak menggalakkan penggunaan perkataan "haruslah" dalam karangan murid? | 1. Dia menggantungkan jam itu pada dinding. 2. Dia menampalkan gambar pada papan kenyataan. 3. Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh agar ilm tersebut kekal dalam ingatan kita. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Soalan no.4 tidak jelas. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
Jawapan mana yang paling tepat ? 1. Kakak mengambil ____________ kain untuk menampal baju adik yang koyak. ( secarik/ secebis ) 2. "_______________ kaki dan tangan sangat penting bagi memastikan sesuatu permainan badminton itu baik," kata Razif Sidek. ( Gerakan / Pergerakan / Penggerakan / Menggerakkan ) | 1. Yang paling sesuai dengan pilihan yang diberikan ialah 'secebis' kain. Namun yang paling sesuai dengan ayat ini ialah sepotong kain. 2. Pergerakan kaki dan tangan..... | Tatabahasa | 25.09.2008 |
adakah perkataan 'merekat' sama ertinya dengan perkataan 'melekat'? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, merekat bermaksud melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding. Manakala melekat pula membawa maksud 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu melekat pada batang pisang. 2 mudah melekit (berkenaan getah cair, kanji dll): Getah ini melekat, jangan dipegang. 3 rapat sekali (berkenaan persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya lekat pada peti televisyen sejak tadi lagi. | Ejaan | 16.02.2015 |
Maksud sealant di dalam bahasa melayu bagi istilah kejuruteraan | Maksud sealant dalam bahasa Melayu bagi bidang kejuruteraan ialah Bahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran ataupun maksud yang kedua ialah Bahan mudah lentur yang dipasang pada bahagian sambungan untuk menghalang resapan air, angin ataupun habuk daripada menembusinya.
| Istilah | 02.07.2020 |