Apakah yang dimaksudkan dengan "Pengurusan Mikro"? | Tidak ada maklumat tentang dfinisi pengurusan mikro dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, pengajaran mikro dikaitkan dengan konsep pengajaran yang tertumpu kepada sesuatu skop kemahiran. Maka begitulah juga dengan konsep pengurusan mikro yang tertumpu kepada satu aspek pengurusan sahaja. Walau bagaimanpun untuk maklumat yang persis, sila rujuk buku pengurusan yang banyak di pasaran. | Makna | 26.08.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan "micromanaging, micromanager, micromanagement". Apakah perkataan untuk menterjemah ketiga-tiga perkataan tadi ke dalam bahasa Malaysia? Adakah "mikropengurus,mikropengurusan" atau "pengurusan mikro, pengurus mikro"? Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "micromanaging, micromanager dan micromanagement". Walau bagaimanapun, terdapat istilah seperti mikrokewangan, mikropemasaran dan mikroekonomi dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah mikropengurus dan mikropengurusan. | Istilah | 09.04.2013 |
APA ITU LINGUISTIK MIKRO SERTA BAHAN RUJUKAN YG BERKAITAN DARI DBP .TERIMA KASIH | Puan Fauziah, Linguistik mikro ialah cabang linguistik yang mengkaji sistem bahasa secara berasingan. Untuk maklumat lanjut puan perlu membuat rujukan dan kajian di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 30.03.2010 |
Salam Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk yang di bawah ini betul? 1. Dishwasher-safe - Mesin basuh pinggan mangkuk-selamat atau selamat mesin basuh pinggan mangkuk 2. Microwave oven-safe - Ketuhar gelombang mikro-selamat atau selamat ketuhar gelombang mikro Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi dishwasher-safe ialah selamat untuk pembasuh pinggan mangkuk dan microwave oven-safe ialah selamat untuk ketuhar gelombang mikro. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2024 |
Assalamualaikum, saya siti azrah dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik UKM. Saya ingin bertanya tentang istilah bahasa melayu yang sesuai apabila tajuk kajian saya diubah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu Tajuk kajian penyelidikan saya ialah "Synthesis and characterization of TiO2-ZnO core-shell nanograss for dye-sensitized solar cell". Apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "core-shell" "nanograss" dan "dye- sensitized solar cell". Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya. Terima kasih | Untuk makluman, belum terdapat istilah khusus untuk "core-shell" dan "dye-sensitized solar cell" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut: core- teras shell - petala dye-pewarna sensitized - terpeka solar cell- sel suria Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "core shell" ialah petala teras dan "dye-sensitized solar cell' ialah sel suria terpeka pewarna. | Istilah | 06.09.2015 |
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Istilah | 11.01.2016 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "microtransaction"? Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan terjemahan untuk "microtransaction" sebagai urus niaga mikro. | Makna | 01.05.2020 |
Salam, Maaf kerana masih mengganggu dengan terjemahan untuk racun makhluk perosak, saya sedang menterjemah nama-nama racun perosak untuk Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Ada lebih kurang 2000 racun perosak kimia dan mikro-organisma yang perlu diterjemah. Soalan saya kali ini ialah apakah terjemahan untuk : Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera. Sekian. | Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera, gabungan nama kimia dan kata umum. Cadangan kami, frasa tersebut diterjemahkan kepada Basilus Turinginsis diasingkan untuk mengawal Plutela Kumpulan Lepidoptera. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2015 |
Saya ingin padanan perkataan "microstory/micro-story", iaitu cereka dgn antara 5 hingga 200 patah perkataan, sebagai "cerita kontot" atau "certot". | Cadangan padanan bagi istilah microstory dalam bahasa Melayu ialah cerita mikro. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 18.08.2024 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "megabat" dan "microbat" yang masing-masing merujuk pada kelompok kelawar. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah megabat secara umumnya ialah kelawar mega dan istilah microbat ialah kelawar mikro. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.01.2024 |