Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal. | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat. | Lain-lain | 31.12.2010 |
Selamat sejahtera. Yang mana satukah betul, terima kasih. 1. cari jawapan di / pada muka surat 2. muka surat lapan / kelapan 3. muka surat lima belas / kelima belas | Kata sendi nama yang betul ialah pada, ...pada muka surat lapan... dan ...pada muka surat 15.... | Tatabahasa | 08.01.2014 |
muka surat 9 atau muka surat sembilan? TQ | Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 161-162, jawapan yang betul ialah muka surat sembilan, kerana penggunaan nombor dalam ayat bagi angka sifar hingga sembilan hendaklah dieja. Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan, tetapi penulisannya hendaklah selaras. | Tatabahasa | 26.09.2025 |
Dalam Kamus Dewan edisi ke-empat, perkataan "dominasi" boleh dicari dalam muka surat ke-berapa? Muka surat diperlukan untuk dimuatkan dalam nota kaki. Terima kasih. | Muka surat 361 | Lain-lain | 23.10.2014 |
Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan. | Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan. | Tatabahasa | 19.11.2016 |
Assalamualaikum, tuan. Definisi 'urutan' dan 'sumbangan' dari Kamus Dewan Edisi Keempat berada pada muka surat yang ke berapa? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "urutan" berada pada muka surat 1781, manakala 'sumbangan' berada pada muka surat 1540. | Lain-lain | 17.02.2018 |
Salam Sejahtera. Yang manakah satu lebih tepat? 1. Jawapan bagi muka surat 12-15 2. Jawapan bagi soalan muka surat 12-15 3. Jawapan bagi soalan-soalan mua surat 12-15 Terima kasih. | Jawapan bagi soalan pada muka surat 12-15.
| Tatabahasa | 06.12.2017 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi "perdagangan" di muka surat berapa ya? Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, definisi "pembelian" dan "atas talian" di muka surat berapa ya? Terima kasih | 1. Definisi bagi kata perdagangan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pada halaman 301. 2. Definisi bagi kata pembelian dalam Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua ialah pada halaman 78. Untuk keterangan mengenai kata yang lebih lengkap, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 19.03.2024 |
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon. ii. Penggandaan separa kata berimbuhan berlari = berlari-lari kenang= kenang-kenangan kuning = kekuning-kuningan Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.
| Tatabahasa | 03.10.2014 |
Assalamualaikum tuan, perkataan cabaran di dalam kamus dewan edisi keempat berada pada muka surat yang ke berapa? | Salam sejahtera, Sila rujuk muka surat 232. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 24.02.2018 |