Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg di­keluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perben­da­haraan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk meng­olah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; mengolah mengerjakan se­suatu (spt memasak, mengukir) se­hing­ga menjadi benda lain yg lebih sempurna. ~ bahan mentah memproses barang-barang mentah supaya men­jadi bahan yg dpt digunakan. ~ tanah mengerjakan tanah supaya dpt di­tanami. pengolahan perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. pengolah 1 orang yg mengolah. 2 alat yg di­gunakan utk mengolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Olahraga atau olah raga?Ejaan yang betul ialah olahraga. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi terkini.Tatabahasa10.12.2008
Assalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang teori rasa-fenomenologi yang dikemukakan olah Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Semiotik.. Saya telah merujuk buku tetapi maklumat terlalu sedikit.. Harap pihak DBP dapat membantu saya.. Saya juga inginkan panduan untuk membuat ulasan sajak dan ulasan artikel dengan mengaitkan beberapa teori.. Terima kasih..Salam. Untuk makluman DBP telah pun menerbitkan buku
 Rasa - fenomenologiSohaimi Abdul AzizDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1998
Pihak DBP juga telah menerbitkan buku mengenai semiotik. Sila rujuk dalam laman DBP. Saudari juga boleh mendapat buku tentang analisis puisi oleh Rahman Shaari.
Lain-lain18.07.2009
Salam sejahtera Tuan, Macam mana untuk merujuk kepada lagu atau bunyi yang seolah-olah masih kedengaran sungguhpun nyanyi itu sudah habis? Adakah 'baki lagu' itu sesuai digunakan untuk merujuk kepada keadaan sedemikian? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam data kami tiada maklumat mengenai baki lagu. Frasa yang boleh digunakan ialah penghujung lagu.Tatabahasa24.09.2013
Saya meminta maaf kerana keliru akan keterangan yang encik berikan. Keterangan encik seolah-olah tiada wujud perbezaan antara perkataan 'bertanyakan' & "menanyakan'. Setakat yang saya maklum, 'bertanyakan' ialah kata kerja intransitif yang diikuti oleh sesuatu yang ditanya. Contohnya, Saya bertanyakan keadaan kesihatan ibunya. Kata 'bertanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya bertanya tentang keadaan kesihatan ibunya. Manakala kata 'menanyakan' ialah kata kerja transitif yang diikuti oleh kata ganti nama atau kata nama orang yang ditanya. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Kata 'menanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya menanya kepada dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Adakah pemahaman saya di atas betul dari segi rumus bahasa Malaysia? Harap pihak encik dapat memberikan jawapan yang konkrit tentang soalan ini. Terima kasih.Pendapat saudara memang benar. Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa kata kerja yang terhasil dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif dan kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif. Jawapan kami sebelum ini merujuk data daripada kamus.Tatabahasa25.06.2012
apakah perbezaan bagi 'pertindanan makna' dan 'kelewahan bahasa' kerana kedua- duanya kelihatan seolah- olah mempunyai konsep yang sama.

Tidak ada data yang berkaitan dengan frasa tersebut dalam sumber rujukan kami. Pertindanan lazimnya dikaitkan dengan keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yang sama, manakala kelewahan ialah hal (keadaan) yang berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dlm ayat). Melihat kepada makna kata sebahagian daripada frasa tersebut, terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Tatabahasa15.12.2011
Bahasa Malaysia untuk 'CENTRE FOR VOCAL TRAINING'Padanan dalam bidang Kesusasteraan ialah Pusat Olah Vokal.Makna06.10.2010
Saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai penyalahgunaan bahasa melayu masa kini.Bahasa Melayu seolah-olah mengalami keracunan dan bolehkah anda senaraikan penyalahgunaan bahasa melayu dan huraikan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.Sekian Terima Kasih.Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku apabila masyarakat pengguna bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang sedia ada. Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek ejaan, pemilihan kata, tatabahasa, sebutan dan juga penggunaan bahasa rojak, iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Saudara boleh melayari Laman DBP di bawah Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu  untuk mendapatkan makalah atau rencana tentang perkara ini. yang diterbitkan di dalam majalah seperti Pelita Bahasa atau Jurnal Bahasa.  Lain-lain06.03.2008
apakah maksud banyak ragam?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Makna10.02.2011
saya sering tertanya-tanya kenapa bahasa kita,Bahasa Malaysia selalu berubah-ubah dari masa ke semasa,seolah-olah tiada satu pendirian sebagaimana Bahasa Inggeris.sebagai contoh ejaan, kalau dulu dari ejaan lama ke ejaan baru,kemudian kembali ke ejaasn baeu semula.satu lagi contoh yang paling senang ialah penggunaan 'Bahasa Malaysia' dan 'Bahasa Melayu'.dulu pernah digunakan Bahasa Malaysia,ditukar kepada Bahasa Melayu, kemudian diguna kembali Bahsa Malaysia.? ini memberi kesan terutamanya para pelajar yang mungkin akan ketinggalan dengan perubahan terkini bahasa kita.mungkin pihak DBP boleh jelaskan dan mungkin juga dapatkan satu jalan penyelesaian.terima kasih

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dan menerima tempias dengan persekitaran luar terutamanya kemajuan sains dan teknologi yang memungkinkan bermacam-macam. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. Perubahan itu datangnya daripada pelbagai faktor termasuklah faktor politik. Kerajaan mengumumkan penggunaan iatilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia atas alasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi pada dasarnya bahasa Melayu tetap digunakan untuk tujuan ilmu dan peradaban.

Lain-lain28.10.2009
Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecam/mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. mengecam dalam kamus dewan seolah-olah ada maksud yang sama?Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. Perkataan mengecam dalam Kamus Dewan membawa maksud yang sama. Tatabahasa02.07.2008
123456

Kembali ke atas