APAKAH MAKSUD PENGUMUMAN DAN JENIS-JENIS PENGUMUMAN SERTA CARA PENGUMUMAN DIBUAT DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA | Pemakluman ialah perihal mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman. Pemakluman dibuat sama ada secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak. Jenis pengumuman ialah pemberitahuan/hebahan, promosi, peringatan, kempen, dan sebagainya. Sila rujuk buku bidang komunikasi untuk mendapatkan penjelasan lanjut. | Makna | 25.02.2008 |
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih. | Waalaikummussalam.. PEMBERITAHUAN: SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM. YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM. | Tatabahasa | 07.12.2012 |
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ? | 1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan. | Makna | 21.01.2010 |
saya ingin bertanya, dimanakah saya boleh mendapatkan pemberitahuan ttg jawatan kosong pembantu tadbir di DBP? krn, saya amat berminat utk menjadi kakitgn DBP dan saya merupakan seorang penulis. terima kasih | Sdr, Maklumat tentang kekosongan jawatan di DBP sering disiarkan melalui laman web DBP dan diiklankan juga melalui akhbar utama berbahasa Melayu. | Lain-lain | 10.01.2009 |
1. Adakah perkataan war-war / mewar-warkan boleh digunakan dalam ayat sebagai pemberitahuan atau menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang ramai. 2. Bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk perkataan tersebut. | Perkataan/ejaan yang betul ialah uar-uar, menguar-uarkan atau wara-wara, contoh penggunaannya: Adat lama yang diuar-uarkan Belanda tidak lagi dipakai setelah kedatangan Islam. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Tolong jelaskan perbezaan di antara "pernyataan", "kenyataan", "penyataan"? | Penyataan ialah perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya, pernyataan ialah pemberitahuan atau pemakluman dan kenyataan ialah keterangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 12.08.2013 |
Salam hormat, 1-Berapa lamakah sesebuah karya itu boleh diterbitkan ? 2-Adakah karya yang gagal diterbitkan akan dipulangkan atau sekadar pemberitahuan sahaja ? 3-Tiadakah bengkel penulisan kreatif pada waktu terdekat ini ? | Tempoh sesebuah karya itu boleh diterbitkan adalah berbeza antara setiap penerbit. Mengikut piagam pelanggan DBP, karya akan diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan bulan selepas manuskrip lengkap diterima terutamanya bagi karya kreatif. Karya yang tidak diluluskan untuk penerbitan akan dipulangkan kepada penulisnya. Untuk mendapatkan makluman tentang bengkel penulisan kreatif anjuran DBP, sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di alamat e-mel aisah@dbp.gov.my | Lain-lain | 31.10.2010 |
Apakah konteks penulisan yang sesuai untuk menggunakan frasa "harap maklum" berbanding "terima kasih" atau "sekian terima kasih" apabila mengakhiri sesuatu notis pemberitahuan? | Ungkapan yang lebih sesuai digunakan pada baris akhir surat rasmi ialah "Sekian. Terima kasih." | Tatabahasa | 14.09.2012 |
Apakah perbezaan antara pernyataan dan penyataan? Terima kasih | Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara | Makna | 26.04.2013 |
Apakah definisi surat rasmi | Surat rasmi ialah surat yang ditulis dalam urusan rasmi, berhubung dengan segala urusan rasmi dengan jabatan lain seperti permohonan, pemberitahuan, arahan, notis dan sebagainya. | Ejaan | 09.08.2006 |