Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal berhimpun bera­mai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: se­kalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala da­gangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hal atau perbuatan berhimpun (beramai-ramai utk sesuatu tujuan); perjumpaan (besar); perkumpulan: Beberapa orang pemimpin telah berucap di ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perhimpunan di gereja - assembely balai perhipunan atau dewan perhimpunanperhimpunan dewan perhimpunanLain-lain12.04.2007
definisi perhimpunan bulanan

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perhimpunan bermakna perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu. Bulanan pula merujuk kepada setiap bulan. Dengan ini perhimpunan bulanan ialah perihal berhimpun untuk tujuan tertentu dan diadakan pada setiap bulan.

Makna10.04.2009
Minta kepastian sama ada Semua data yang dikutip akan diproses / Data yang dikutip akan diproses. Staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan/semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan Yang mana betul ? Terima kasih. Ng Chee HuayKata bilangan "semua" perlu hadir dalam ayat tersebut. 

1. Semua data yang dikutip akan diproses.
2. Semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan.
Tatabahasa11.07.2013
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan.Tatabahasa05.06.2012
1) Guru Besar menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi tadi. 2) Berikut disenaraikan barang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan itu nanti. bolehkah tuan jelaskan kesalahan ayat-ayat di atas can pembetulan kepadanya?

1) Guru besar menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pagi tadi.

2) Berikut disenaraikan barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti perkemahan itu nanti.

Tatabahasa12.07.2010
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu:
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya
2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.
Tatabahasa26.04.2012
“Mereka akan mengadakan himpunan pada 7 Mac 2009.” Ayat seperti ini saya temukan (temui?) dalam blog. Persoalannya, kata yang lazim digunakan ialah “perhimpunan” dan bukan “himpunan”. Benarkah penggunaan kata “himpunan” dalam ayat ini tepat?Sdr. Miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam penggunaan  perhimpunan adalah lebih tepat
kerana mengikut pengertian yang diberikan berikut makna himpunan,ialah timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu;Kamus Dewan Edisi Empat
Makna23.02.2009
Assalamualaikum Tuan, Saya ingin bertanya mengenai protokol semasa memulakan ucapan di perhimpunan pagi di sekolah. Ucapan permulaan untuk pengetua, adakah ucapan Yang berbahagia atau Yang Berusaha? dan seterusnya seperti Yang di hormati. Saya harap pihak tuan dapat menjelaskan kekeliruan ini, sekian terima kasih.Panggilan kehormat yang sesuai untuk orang yang dihormati termasuklah guru, ketua jabatan dan sebagainya ialah Yang Dihormati.
Rujukan kehormat Yang Berbahagia ditujukan kepada orang yang bergelar seperti penerima anugerah daripada sultan, pembesar negeri, kelulusan dlm pendidikan, mencapai jawatan keagamaan yang tinggi dan sebagainya. Rujukankehormat Yang Berusaha ditujukan kepada pegawai kanan kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa gelaran.
Tatabahasa26.10.2012
Bolehkah menggunakan kata ganti diri 'anda' ketika bertanya atau merujuk kepada seseorang pada majlis perhimpunan? Contohnya: Mengapakah anda tidak duduk dalam barisan yang telah disediakan? @ Anda dikehendaki berada dalam barisan yang lurus.

Salam sejahtera,

Anda
ialah kata ganti nama diri kedua yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur. Dalam majlis, perkataan anda jarang-jarang dugunakan kerana hadirin terdiri daripada pelbagai taraf, tingkat dan umur yang melibatkan kesantunan berbahasa. Menerusi konteks ayat yang dikemukakan penggunaan kata ganti nama diri 'anda' boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan anda kerap digunakan dalam iklan.

Makna21.10.2012
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010
12

Kembali ke atas