Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. kamu perlu contohi .... 2. perlu kamu contohi .... 3. kamu perlu mencontohi usaha pelajar cemerlang itu. adakah ketiga-tiga ayat jugalah betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah "kamu perlu mencontohi..." kerana menggunakan imbuhan yang betul dan "perlu kamu contohi..." ialah bentuk pasif. 

Tatabahasa15.07.2013
adakah perkataan 'talaq' perlu dicondongkan (italic)? jika perlu, mengapa dan jika tidak perlu, mengapa?Dalam pangkalan data kami, tiada perkataan talaq tetapi terdapat perkataan talak. Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai oleh suami. Tuan digalakkan menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul dan tidak perlu dicondongkan ejaan.Ejaan31.10.2013
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklahPerlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh),  sesuatu yang dikehendaki hajat, kepen­tingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu.Makna11.01.2011
Penggunaan istilah anti- bilakah (anti+kata nama) perlu didekatkan,dan bilakah perlu tambah sempang di tengahnya?Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi.Ejaan02.03.2012
Nama akhbar seperti Utusan Malaysia, Kosmo, perlu ditulis condong ataupun tidak. Artikel dalam akhbar itu pula perlu ditulis bagaiman? Perlu condong juga ataupun tidak. Terima kasih.Dalam petikan ejaan nama akbar ditulis dengan hururf condong, begitu juga dalam petikan yang bersumberkan media cetak ejaan nama tajuk ditulis dengan huruf condong.Ejaan16.08.2012
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih1. Yang Betul  = Kita perlu berjimat menggunakan air.

2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul.
Tatabahasa19.10.2012
Bagaimana menulis topik atau nama bab dalam sebuah buku? Adakah perlu nama topik itu perlu dicondongkan seperti tajuk buku? Contohnya" a. Asbab Al-NuzulMenurut buku Gaya Dewan, huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Judul buku menggunakan huruf condong manakala topik atau nama bab dalam buku tidak perlu dicondongkan.Tatabahasa24.06.2013
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan?1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek.
2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang.
3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan.
4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan.
Tatabahasa08.05.2012
Penggunaan perkataan perlu atau perlulah. Sebagai contoh Pengawas perlu / perlulah memastikan semua calon mengisi maklumat dengan lengkap. Apakah fungsi "lah". Mesti / Mestilah. Hendak / Hendaklah. Bilakah @ dalam keadaan manakah sesuatu perkataan perlu,mesti, hendak akan digunakan perlulah, mestilah hendaklah.Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Saya perlu bantuan menterjemahkan daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu. Ayat-ayat tersebut akan digunakan sebagai promosi kami.Untuk makluman puan, perkhidmatan yang diperlukan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Apa yang perlu dilakukan, puan perlu menterjemahkan teks tersebut terlebih dahulu dan kami akan membuat semakan terjemahan tersebut.Lain-lain12.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas