Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi daun kering yg digosokkan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; tali ~ tali kekang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kaum, keturunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ras
Rujuk :puak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera pihak DBP. Saya ingin memohon pertolongan pihak DBP untuk mengenal pasti ayat yang mana satu betul dan tidak mempunyai sebarang kesalahan tatabahasa. Ayat Pertama: Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya. Ayat Kedua: Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya. Jasa baik pihak DBP didahului dengan ucapan terima kasih daun keladi. Sekian, wassalam.Ayat yang betul ialah Pengetahuan ini penting untuk memupuk persefahaman dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya.Tatabahasa16.01.2012
Terangkan maksud Masyarakat Majmuk Secara Ringkas.Majmuk bermaksud sesuatu yg terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan. Masyarakat majmuk bermaksud kepelbagaian bangsa, agama, ras, etnik yg membentu suatu komuniti atau masyarakat dalam sesebuah negara. T.kasih. Lain-lain10.09.2008
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas?

Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. 

Lain-lain13.04.2008
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013
1) Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat terpenting dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, "membina" jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. 2)Bahasa Melayu telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya sebagai wahana untuk "membina" kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju. 3)Dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan "membinanya" sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa persekolahan dan bahasa budaya tinggi yang mampu mendukung pengucapan struktur pemikiran moden dan canggih, selain sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. adakah membina merupakan kata kerja transitif aktif dalam ketiga-tiga ayat di atas?Perkataan membina dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
Apa pendapat DBP mengenai penggunaan Bahasa Melayu dikalangan masyarakat? Benarkah ia semakin terpinggir? Merujuk kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas dan lebih teruk lagi ialah penggunaan Bahasa Rojak... Salah siapa?Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat masih lagi baik dan terkawal. Maksud terkawal di sini ialah DBP telah membuat pemantauan terutamanya penggunaan BM dalam media siaran sama ada cetak, elektronik dan iklan. BM tidak terpinggir tanpa sebab. BM akan terpinggir sekiranya penutur asal bahasa itu tidak mempertahankannya. Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. T.kasih.Lain-lain08.09.2008

Kembali ke atas