Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)

116

So many countries, so many customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain padang, lain belalang.

So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya kerap menggunakan Khidmat Nasihat didalam web ini sebagai panduan sendiri. Saya ingin mencadangkan setiap khidmat nasihat diletakan tanda suka (like) sebagai penghargaan kami sebagai pelanggan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada team tuan sebagai pakar rujuk saya. Terima kasih.Kami mengambil maklum cadangan yang diberikan dan akan menambah baik sistem kami dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, bagi memberikan maklum balas tentang perkhidmatan kami buat masa ini, puan boleh berbuat demikian dengan memberikan Maklum Balas Pelanggan sama ada perkhidmatan kami "Memuaskan" atau "Tidak Memuaskan" pada paparan "Menu Utama". Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain15.03.2024
Pemelik ini Ada la sebagai hacker pehak nasihat sebagai sualan apa kah kerjadian berlaku atas nasihat sebagai sarikat awam atau kerjan bukan kerja sama menjadi Seikor ular sawah hobogi sarikat buat kerja sama atau benar benar berlaku negara Malaysia ini Ada la hantara bahasa melayu asli kalah Kata kamu tak faham bahasa boleh jadi berlaku besar dalam negara ni first and last warning be carefullySoalan tuan bukan soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sekiranya tuan mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan ejaan, makna kata, tatabahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami bantu.Lain-lain20.02.2024
tuan/puan, saya mahu tanya, sebagai contoh, contohnya, atau sebagai contohnya, mana satu betul dan tepat? Penggunaannya di depan ayat. terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.Frasa yang betul ialah "sebagai contoh" dan "contohnya". Tatabahasa22.05.2023
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih.

Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian.

Tatabahasa05.01.2024
"Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan ..." - adakah penggunaan "sebagai" gramatis dalam penggulungan syarahan? "Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan sekali lagi ... " Didahului dengan ucapan terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, salah satu maksud "sebagai" ialah "untuk" dan "bagi". Oleh itu, perkataan "sebagai" boleh digunakan dalam ayat di atas.Tatabahasa21.05.2022
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan "Justeru". Adakah perkataan Justeru sebagai penanca wacana atau sebagai kata hubung sahaja? Dan adakah perkataan "Justeru itu" boleh digunakan? Sekian.

Kata justeru bermaksud 1. pada ketika yang sama; kebetulan; 2. digunakan untuk menghubungkan dua bahagian dalam ayat bagi mengukuhkan maksud yang dinyatakan; dan 3. digunakan sebagai penanda wacana yang membawa maksud jadi atau oleh itu. Kata justeru merupakan penanda wacana penghubung musabab. Kata justeru itu pula, bermaksud oleh sebab itu. Perkataan justeru itu boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 527 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 925.

Tatabahasa17.12.2024
Selamat petang, saya ingin bertanyakan tentang pengiraan bilangan patah perkataan untuk penanda wacana. Sebagai contoh, penanda wacana ""di samping itu"" dikira sebagai satu atau tiga patah perkataan?Tiada pengiraan khusus bagi penanda wacana. Lazimnya penanda wacana dikira sebagai satu perkataan sahaja. Contohnya "di samping itu" dikira sebagai satu perkataan sahaja dalam penulisan.Tatabahasa31.10.2024
Soalan saya berkenaan perkataan "debut" dalam pangkalan data Bahasa Melayu. Adakah ia boleh digunakan sebagai kata kerja dan kata nama? Contoh ayat: - Maaf, saya akan debut dahulu. (Debut sebagai kata kerja) - Penyanyi itu mempunyai rekod jualan album debut yang tertinggi. (Debut sebagai kata nama).Debut boleh digunakan sebagai kata nama dan kata kerja bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. Kata ini telah terakam dalam kamus terbitan DBP yang terkini. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 494) yang merakamkan kata tersebut berserta kata terbitannya, maklumat lain seperti ejaan Jawi, transkripsi fonetik, kelas kata, label laras bahasa, pecahan makna dan contoh penggunaannya.Makna27.06.2023
1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'claimable'. Contoh: HRDF Malaysia Claimable. Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia'? 2. Bolehkah saya menterjemahkan 'Freight Transportation' sebagai 'Pengangkutan Barang Muatan'?HRDF Malaysia Claimable boleh diterjemahkan sebagai Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia.
Freight transportation boleh diterjemahkan sebagai pengangkutan barangan muatan atau pengangkutan barangan angkut.
Makna25.09.2021
Ayat mana yang betul : Mereka bergambar sebagai kenangan di Tokong Ular. Atau Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenangan.Jawapan yang betul ialah "Mereka bergambar di Tokong Ular sebagai kenang-kenangan."Lain-lain15.06.2025
12345678910...

Kembali ke atas