Salam sejahtera, Diharap tuan/puan boleh memberi nasihat tentang penggunaan perkataan "maksima". Yang mana antara dua ayat berikut adalah betul? 1. Satu penalti akan dikenakan untuk maksima 15 saat. 2. Satu penalti akan dikenakan untuk 15 saat maksima. Sumber: "A penalty will be applied for a maximum of 15 seconds". | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah maksimum. Maksimum bermaksud jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya. Ayat yang betul dan gramatis ialah Satu penalti akan dikenakan semaksimum 15 saat. | Ejaan | 24.04.2018 |
1. Pada setiap waktu petang, Pak Ali akan memberikan __________ nasi kepada ayam ternakannya. A. sekepal B. segenggam Apakah perbezaan antara A. dan B.? Terima kasih. | Maksud sekepal - sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. Maksud Segenggam pula ialah banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Perbezaannya dapat dilihat dari segi jumlah banyaknya sesuatu yang dapat dipegang. | Makna | 02.07.2019 |
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksir | Jawapan 1: Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu . Jawapan 2: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir" bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; | Tatabahasa | 27.03.2013 |