bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan= | Sdr Majidee, Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 22.05.2009 |
ada orang cakap, wisma ialah bangunan sekurang-kurangnya 3 unit dan 3 tingkat, betul ke? | Untuk keterangan lanjut berhubung kriteria bangunan untuk "wisma", mohon diajukan pertanyaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.04.2013 |
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih. | tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka; | Makna | 30.10.2007 |
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun ini | Saya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.01.2009 |
Salam. Apakah itu frasa? | Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Kata kerja juga boleh menjadi frasa, iaitu frasa kerja seperti dalam ayat "Ahmad membaca buku". Membaca ialah frasa kerja dalam binaan ayat tersebut. | Makna | 13.01.2014 |
Mohon nasihat pihak DBP mengenai penggunaan tanda sempang di dalam ayat berikut: "Kata laluan mestilah mempunyai sekurang- kurangya 10 aksara." Format untuk cetakan buku dan laman web kami mempunyai had dan tiada apa yang kami boleh lakukan untuk menjadikan perkataan "sekurang-kurangnya" menjadi satu baris. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk rujukan lanjut. Apakah format ini boleh diterima? Terima kasih. | Format penulisan sebegini boleh diterima, iaitu perkataan selepas sempang disambung ke baris seterusnya kerana ruang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun sekiranya puan ingin perkataan "sekurang-kurangnya" ditulis pada satu baris, puan boleh mengubah ayat kepada: Kata laluan mestilah mempunyai 8 aksara sekurang-kurangnya, dan mengandungi nombor, huruf besar dan huruf kecil.
| Lain-lain | 22.09.2016 |
kata tugas | Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Mengapa sekarang guna "sedikit banyak" bukannya ' sedikit sebanyak ' | Ungkapan yang betul ialah sedikit sebanyak yang bermaksud sekurang-kurangnya. | Tatabahasa | 17.04.2009 |
Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse | Ayat ini betul. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
saya ingin dapatkan maklumat daripada munsyi bahasa dan lembar bahasa. | Syarat menjadi Munsyi Dewan ialah calon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik atau Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya lima tahun; atau memiliki ijazah idang Komunikasi atau mempunyai Sijil Perguruan/Diploma Perguruan serta mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun. Syarat-syarat lain sila baca dalam akhbar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Munsyi Dewan, sila layari laman web DBP. Bagi mendapatkan lembar bahasa, sila tulis surat permohonan kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau datang sendiri ke Tingkat 25, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.09.2009 |