Manakah ayat yang betul? Nilai t adalah/ialah 0.87 dan tidak signifikan... | Ayat yang betul: Nilai t ialah 0.87. | Lain-lain | 11.01.2007 |
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih. | Karyawan Tamu boleh dilantik daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa, di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian. Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut: Ketua Bahagian Pembangunan Penerbitan, Tingkat 13, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan. | Lain-lain | 04.09.2010 |