salam, yang manakah tepat? "al-Sunnah, as-sunnah atau Sunnah"? | Ejaan yang betul ialah sunah. | Ejaan | 27.03.2012 |
Salam. Pertanyaan mengenai ejaan yang mana betul, As-sunnah, as-Sunnah atau al-Sunah? adakah perlu di italickan? | Ejaan yang betul ialah sunah. | Ejaan | 02.09.2015 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil bagi perkataan 'ahli Sunnah dan ahli Sufi'. Haruskah menggunakan huruf besar bagi perkataan 'Sunnah' dan 'Sufi' atau "ahli al-sunnah dan ahli-ahli-sufi'? Sekian, terima kasih. | Frasa ahli sunah dan ahli sufi dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk kata nama yang khusus seperti Ahli Sunah Waljamaah. | Tatabahasa | 26.12.2014 |
salam , bagaimanakah ejaan yang tepat bagi perkataan "ahli sunnah wal jamaah" dari sudut huruf besar dan kecil? | Ejaan yang betul ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu nama khas bagi kelompok/kumpulan tertentu. | Ejaan | 21.03.2012 |
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5 | Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit. | Lain-lain | 06.07.2009 |
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP. | DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 1. Keterangan aktiviti perniagaan contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan. 2. Nama kedai HABIB ULUNG 3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A) Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. | Lain-lain | 29.10.2018 |
Bagaimana menulis quote atau petikan yang diambil daripada al-Quran, sunnah atau penulis-penulis tersohor? Adakah perlu diletakkan pembuka kata dan penutup kata? Atau tanda petik tunggal? | Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Oleh itu, petikan tersebut perlu diletak tanda yang berikut " ... ". | Ejaan | 27.02.2017 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |
Assalamualikum, nak tanye berkaitan perkataan 1. Tafaqquh 2. Muzakarah 3. Riadah 4. Maqam 5. Jaulah 6. as-Sunnah 7. anbia' 8. ulamak 9. thaqafah Adakah perkataan arab semua itu di Melayukan? | Kata serapan daripada bahasa Arab yang diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu. Perkataan muzakara, riadah, makam, sunah, anbia dan ulama telah ada dalam bahasa Melayu. Tuan boleh menyemak sendiri perkataan lain melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Ejaan | 02.09.2015 |
1.Ejaan untuk Al-Quran memang kena huruf besar ke A dan Q? 2. Yang mana satu yang betul, hadis & hadith? 3. Apa beza hadis dan sunnah? | Salam sejahtera 1. Ejaan yang betul ialah al-Quran 2. Ejaan yang betul bagi hadis atau hadith ialah hadis 3. Hadis ialah sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. Sunah ialah peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 31.07.2016 |