Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagai­­mana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk. 2 bunyi beduk utk memberi isyarat: ~ panjang itu memberitahukan khabar bahawa ada orang yg meninggal. menabuh memalu atau memukul tabuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabuh (kata nama)
Bersinonim dengan gendang raya, nobat, lengkara, nekara, beduk, geduk;,
Kata Terbitan : menabuh, penabuh,

Puisi
 

Tabuh bunyi hari Jumaat,
     Itu bernama gendang raya;
Bagai nabi kasih umat,
     Begitu juga kasih saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya adalah seorang guru muzik pernah menulis beberapa buku muzik sebelum ini yang telah diterbitkan oleh beberapa penerbit swasta dan universiti tempatan. Pada 11 September 2007 saya telah menubuhkan Syarikat TABUH EMAS (pemilik bersama isteri saya / kerana saya seorang pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat). Kini syarikat TABUH EMAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1" ISBN 978-783-43662-0-9 dan sedang dalam proses akhir percetakan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 2" ISBN 978-983-43662-1-6. Kerja-kerja persediaan penulisan buku "ASAS PENDIDIKAN MUZIK 3" telah dimulakan dan dijangka diterbitkan pada penghujung 2009 ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai DANA INDUSTRI BUKU yang dikatakan hanya digunakan RM3J daripada RM10J yang telah diperuntukkan. Adakah kami layak untuk memohon dana tersebut dan bagaimanakah caranya. Saya telah pun menulis surat kepada Ususetia Dana mengenai perkara ini. Terima kasih MASTOR HJ JARKASEH Tabuh Emas (IP-0265571-U) No.53 Jalan Teratai Taman Serendah Sabak Bernam 45200 SelangorSila daftar dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu iaitu dibawah kod bidang 010100 dibawah bahan bacaan kemudian memohon untuk mendapatkan dana.Lain-lain24.04.2009
ingin bertanya mengenai buku cerita bertajuk "Tabuh naning masih bergema"Salam. Mengikut rekod, judul buku tersebut tidak diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sdr. disarankan supaya mempastikan nama penerbit dan tahun terbit bagi memudahkan untuk memperoleh atau membeli buku tersebut.  Sekian, salam hormat dan terima kasih. Wassalam.  Lain-lain21.07.2009

Kembali ke atas