Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerja-kerja mengurus dan me­ngawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan se­sebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul dan tepat, urus tadbir atau tadbir urus? Terima Kasih.

Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance"

Istilah16.06.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir?

Salam sejahtera,

Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah:

1.     Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani

2.     Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai

3.     Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip

4.     Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan    

       pengurusan tanah.

Terima kasih.

 

Lain-lain08.10.2008
1)tadbir 2)kawal selia1)mentadbir 2)mengawal selia/pengawalseliaanIstilah19.01.2011
Tuan, Saya adalah Pegawai Kerajaan (Pegawai Tadbir N41) yang sedang berkhidmat dan ingin memohon jawatan Pegawai Tadbir N41 di DBP seperti yang diiklankan baru-baru ini. Adakah saya PERLU melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi BERSAMA borang permohonan kerana jawatan saya adalah bertaraf SEMENTARA dan lantikan adalah selama 1 TAHUN bermula pada 03/04/2008 yang lalu?. Sekian, terima kasih.Sdr tidak perlu melampirkan LNPT untuk permohonan jawatan ini. Walau bagaimanapun, sdr disaran supaya mengemukakan dokumen-dokumen lain yang dapat menyokong permohonan sdr.Lain-lain10.07.2008
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17/PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertaraf Sambilan untuk pengisian di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak boleh dikemukakan sekarang. Dimaklumkan kami tidak mempunyai peruntukan jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17 buat masa ini.Lain-lain09.05.2008
ejaan mana satu yang betul?pelantikan atau perlantikan pegawai tadbir kontrak?terima kasihEjaan yang betul ialah pelantikan pegawai tadbir kontrak.Ejaan14.09.2011
Saya mahu contoh surat perletakan jawatan sebagai pembantu tadbir dalam sesebuah syarikat

Isi surat peletakan jawatan adalah seperti yang berikut :

Perkara : Peletakan Jawatan Sebagai Pembantu Tadbir

Isi : i. Para 1 : Nyatakan tujuan anda. Tarikh berkuatkuasa.

         Para 2  : Nyatakan sebab peletakan jawatan.

Penutup :  Ucapan terima kasih / penghargaan.

Lain-lain28.05.2008
Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian?Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN.Tatabahasa05.10.2007
Corporate governanceTadbir urus korporatMakna27.03.2007
saya seorang pembantu tadbir yang sedang bertugas di sebuah sekolah cina di ipoh. saya ingin mengetahui apa ertinya perkataan 'tomahan'. dan sekiranya boleh, buat satu ayat yang menggunakan perkataan ini supaya saya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. ada orang yang kata tomahan itu tuduhan, saya agak keliru. diharap mendapat penjelasan daripada tuan. sekian, terima kasihtohmahan bermaksud tuduhan yangg berdasarkan syak wasangka atau tuduhan yang melulu contoh ayat Dia tidak terlepas daripada tohmahan mereka.Tatabahasa30.10.2007
1234

Kembali ke atas