Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.


Lihat selanjutnya...(173)
Peribahasa

Tahu makan,
     tahu simpan.

Bermaksud :

Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(102)

10

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan.Lain-lain23.09.2019
Asalamualaikum DBP. apakah kategori perkataan 'tahu'? saya rujuk dalam Tatabahasa Dewan tentang 'tahu', katanya 'tahu' ialah kata kerja. Tetapi dalam ayat di bawah, susunan perkataan 'tahu' adalah betul iaitu di depan kata kerja 'bercakap'. Tetapi apa yang saya tahu, dalam 1 ayat tidak boleh ada 2 kata kerja. Jadi tolong terangkan apakah golongan kata 'tahu' tersebut. 'saya tahu bercakap bahasa Melayu'.Berdasarkan rujukan kami,  perkataan tahu merupakan kata kerja.Tatabahasa10.11.2017
Tidak tahu diuntung atau Tidak tahu dek untung?Tidak tahu diuntung, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=diuntung untuk maklumat lanjut.Tatabahasa26.03.2012
1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul?1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa05.06.2010
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna."

a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar.

b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya.

Ejaan31.10.2011
assalamualaikum tuan/puan. saya ingin bertanya soalan mengenai perkataan TAHU atau TAU. bolehkah perkataan TAU digunakan kerana maksudnya juga seerti dengan TAHU. sekian, terima kasih.Perkataan tau merupakan bahasa pasar bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa pasar.Tatabahasa27.02.2013
Syimah Hasan THURS 11:47 Assalamualaikum dan selamat pagi. saya syimah dari BM World boleh saya tahu bagaimana untuk saya tahu program atau aktiviti yang dianjurkan oleh DBP untuk pelajarSegala program yang berkaitan dengan kursus dan bengkel kemahiran berbahasa, kesusasteraan dan penerbitan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui taliann 03-21479000/9001/9002.Lain-lain06.04.2017
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih.
Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini.  Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu.

Penerangan:
Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut:
Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tatabahasa31.12.2017
konsep pembelajaran

Assalamualaikum

Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya

(i)   Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham).

(ii)  Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat.

Jika perkara (i) dan (ii)  di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu,

(iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham).

(iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat

Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku.

Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir.

Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti

(i) Behaviourist

(ii) Humanist

(iii) Kognitivist

(iii) Konstructivist

Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham.

Lain-lain28.03.2010
salam hormat Yang mana yang betul dari segi penggunaan berikut: 1. Esok baru kami tahu. 2. Esok baharu kami tahu. mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Esok baru kami tahu. Ini kerana  Baru merujuk kepada penanda tempoh masa atau waktu, manakala perkataan Baharu pula merupakan kata adjektif, yang menandakan sifat atau keadaan.Ejaan23.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas