Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar. Perlu tak 'guru besar' ditulis sebagai'Guru Besar' seperti ' Menteri Besar' kerana nama jawatan ? Terima kasih | Tidak perlu dieja menggunakan huruf besar. Menteri Besar di eja menggunakan huruf besar kerana nama jawatan. Guru besar dieja dengan huruf besar sekiranya Guru Besar Karim. Sama juga dengan Menteri Besar atau Menteri Pertanian. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa? | Saudara, Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor. Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). | Tatabahasa | 13.08.2010 |
Saya hendak bertanya; 1) guru besar atau 2) Guru Besar Manakah yang betul ? Perlu guna huruf besar ataupun tidak perlu. Terima kasih. | Kedua-duanya betul, mengikut konteks ayat. Jika merujuk kepada umum, guna guru besar. Jika merujuk kepada guru besar tertentu/guru besar yang dimaksudkan, boleh dieja dengan Guru Besar. | Ejaan | 01.08.2011 |
Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih. | Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana. | Ejaan | 13.03.2012 |
Cara mengenalpasti dan mengatasi kesalahan huruf besar pada awal ayat dan kata mana khas. | Perkataan bagi permulaan ayat hendaklah sentiasa ditulis menggunakan huruf besar, tidak kira perkataan itu kata nama khas atau sebaliknya. Kata nama khas merujuk kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya. Huruf pertama ejaan kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar. Contoh: Manusia: Hang Tuah, Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Barak Obama Bukan Manusia: Jibrail, Imperata cylindrica (lalang), Bujang Senang. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Salam tuan, Adakah ejaan guru besar dan ayat di bawah betul? Contoh ayat: 1.Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. | 1. Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. - guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. - ejaan yang betul Guru besar En Mohammad Sani ... | Tatabahasa | 20.06.2012 |
Adakah perkataan taman sains, guru besar perlu ditulis huruf besar di permulaan perkataan itu? | Tidak perlu ditulis huruf besar jika dalam ayat atau frasa tetapi jika sebagai tanda nama, papan tanda atau judul buku boleh ditulis huruf besar bagi permulaan perkataan tersebut iaitu T, S, G dan B. | Lain-lain | 16.01.2007 |
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak. 4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |
Salam sejahtera. Tuan setahu saya frasa nama'guru besar' ditulis dalam huruf kecil kecuali jika dikaitkan dengan nama khas.seperti Guru Besar En. Ali atau Guru Besar SJK Seri Indah. Mengapakah frasa nama 'guru besar' ditulis dalam huruf besar dalam buku teks sekolah rendah terbitan dewan bahasa walaupun tidak dikaitkan dengan sebarang kata nama khas? Ini menimbulkan keliruan semasa cikgu memberikan penerangan kepada murid. Bolehkah tuan memberikan penerangan. Sekian terima kasih. | Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Tetapi jika jawatan khas misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, perlu menggunakan huruf besar. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Boleh kiranya cikgu memberikan tajuk penuh buku teks sekolah rendah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan tahun terbitan buku tersebut untuk semakan dan tindakan pihak kami seterusnya. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
salam sejahtera tuan. Soalan saya, untuk penulisan, huruf 'b' bagi frasa 'Yang berusaha' ditulis huruf besar atau tidak? Soalan 2: huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa 'tuan pengerusi majlis' perlu ditulis huruf besar atau tidak? terima kasih. | Dalam ucapan, setiap huruf pertama pada kata pangkal yang berikut ditulis huruf besar seperti Yang Mulia, Yang Berusaha, Yang Diraikan, Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis. | | Ejaan | 15.11.2013 |