| Selamat sejahtera, Penggunaan kata sendi 'di' adakah sesuai diletakkan pada permulaan ayat seperti berikut: 1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . TQ | 1) Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang hidup secara harmoni . 2) Di taman itu terdapat sebuah istana yang tersergam indah. 3) Di belakang rumah ada sebatang pokok kelapa . Ketiga-tiga contoh di pada permulaan ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
| bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAW | Singkatan yang betul ialah SWT dan SAW | Lain-lain | 15.08.2007 |
| selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut? | Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 T | Lain-lain | 07.08.2007 |
| Saya ingin kepastian adakah laman web ini http://www.smartebook.net/cgi/member/index.php ada kaitan dengan DBP kerana ada logo DBP dan Karyanet di sana ? Terima kasih. Maklumat ini adalah untuk kepastian syarikat yg menganjur web tersebut tidak memperdaya kami untuk menyertai mereka dengan mengunakan nama DBP. | DBP tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan laman web http://www.smartebook.net. Kerjasama ini adalah antara syarikat IGD(rakan kongsi DBP yang membangunkan portal Karyanet) dengan pihak ketiga. Penggunaan logo DBP itu bukan dengan persetujuan DBP. | Lain-lain | 01.08.2007 |
| 1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN? | 1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku. | Lain-lain | 15.08.2007 |
| Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih. | Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang). | Tatabahasa | 15.08.2007 |
| bolehkah permulaan ayat dimulakan dengan perkataan (yang) | 1. Perkataan 'yang' bermaksud kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan. Oleh itu, 'yang' merupakan kata relatif yang lazimnya hadir di dalam ayat dan bukannya pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 14.08.2007 |
| apakah yang dimaksudkan dengan lingua franca | Lingua franca merupakan bahasa Latin yang bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. | Makna | 15.08.2007 |
| Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQ | Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
| tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata? | Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya. | Tatabahasa | 15.08.2007 |