Hi, apakah podcast dalam bahasa Melayu? Podkas? | 'Podcast' bermaksud 'fail media digital'. | Istilah | 11.08.2007 |
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukan | Secara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL. | Lain-lain | 12.08.2007 |
APAKAH PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD PUISI PANJANG YANG MENYANJUNG SESEORANG? | Oda | Lain-lain | 13.08.2007 |
saya pelajar uitm shah alam .saya ingin membuat temu janji untuk membuat kajian mengenai bahasa rojak dalam pengiklanan..... siapa pegawai yang sesuai untuk saya membuat kajian, | Bagi membantu, saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan perkara ini. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP dan bahan boleh diperoleh daripada rujukan tersebut. | Lain-lain | 08.08.2007 |
apakah maksud patriotik dan patriotisme? | patriotik bermaksud bersifat patriot manakala patriotisme bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air. | Makna | 11.08.2007 |
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi. | Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri kedua | Tatabahasa | 13.08.2007 |
perkataaan kailima sepatutnya? kaki lima@kakilima | Ejaan yang betul ialah kaki lima. | Ejaan | 11.08.2007 |
suratkhabar rapat atau jarak. dibunuh atau di bunuh | Ejaan yang betul ialah surat khabar dan dibunuh. | Ejaan | 10.08.2007 |
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh. | Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau. | Tatabahasa | 10.08.2007 |
apakah perubahan bahasa / tatabahasa dalam bahasa melayu? | Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir. | Tatabahasa | 10.08.2007 |