Hi, "data cache" itu "cache data" ke? Oleh sebab "cache" ditakrifikan sebagai "a temporary storage area where frequently accessed data can be stored for rapid access", bolehkah data cache diterjemahkan sebagai "storan data para"? | Jawapan yang betul ialah kekalkan penggunaan 'cache data'. Perkataan tersebut didaftarkan sebagai istilah untuk bidang komputer. Harap maklum. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.08.2007 |
MAKSUD TERPERINCI BAHASA KESAT,PUNCA PENGGUNAANNYA DAN KESAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAANNYA TERUTAMA KEPADA PELAJAR.TERIMA KASIH | mar-7886, Jika sdr. perlukan jawapan secara terperinci sila dapatkan buku yang pelbagai tajuk yang membincangkan perkara ini. namun secara ringkasnya punca daripada pertanyaan saudara ialah kurangnya pengetahuan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekarang. Kesannya tentulah memperlihatkan keidaksantunannya remaja dalam setiap tingkah laku yang dilakukan. | Makna | 31.07.2007 |
Adakah kosa kata "cincai" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu? | Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu, tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard. | Lain-lain | 13.08.2007 |
Hi, apakah podcast dalam bahasa Melayu? Podkas? | 'Podcast' bermaksud 'fail media digital'. | Istilah | 11.08.2007 |
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukan | Secara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL. | Lain-lain | 12.08.2007 |
APAKAH PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD PUISI PANJANG YANG MENYANJUNG SESEORANG? | Oda | Lain-lain | 13.08.2007 |
saya pelajar uitm shah alam .saya ingin membuat temu janji untuk membuat kajian mengenai bahasa rojak dalam pengiklanan..... siapa pegawai yang sesuai untuk saya membuat kajian, | Bagi membantu, saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan perkara ini. Saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah dan buku-buku terbitan DBP dan bahan boleh diperoleh daripada rujukan tersebut. | Lain-lain | 08.08.2007 |
apakah maksud patriotik dan patriotisme? | patriotik bermaksud bersifat patriot manakala patriotisme bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air. | Makna | 11.08.2007 |
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi. | Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri kedua | Tatabahasa | 13.08.2007 |
perkataaan kailima sepatutnya? kaki lima@kakilima | Ejaan yang betul ialah kaki lima. | Ejaan | 11.08.2007 |