Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak melihat bentuk-bentuk imbuhan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, dan satu perbandingan strukturBentuk-bentuk imbuhan bahasa Melayu dibincangkan dengan jelas dalam buku tatabahasa danuntuk melihat perbandingan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kes tersebut memerlukan kajian dan rujukan yang lengkap dan perinci, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. Terima kasih.Lain-lain12.01.2009
Apakah laman web yang mempunyai bentuk-bentuk soalan untuk calon PMR?Maaf. DBP tidak menyediakan kemudahan untuk laman sesawang bentuk-bentuk soalan untuk calon PMR. Kemungkinan dalam laman sesawang Utusan Malaysia atau Berita Harian.Lain-lain30.09.2008
tuan/puan, soalan: terdapat beberapa kata akar yang dikatakan sebagai bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan(tatabahasa dewan 2008, p107) seperti tapa->per-tapa-an tawa->ke- tawa mudi->ke-mudi jikalau bentuk-bentuk per-an, ke- dikatakan bukan imbuhan, maka apa yang harus dipanggil tentang bentuk-bentuk itu?Bentuk-bentuk tersebut ialah imbuhan awalan, akhiran dan apitan.Tatabahasa02.09.2009
Bolehkah anda menyenaraikan nama bentuk-bentuk puisi dan kegunaannya?

Salam. Bagi menjawab soalan tersebut, sdr dicadangkan merujuk atau membeli buku terbitan DBP yang berjudul Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari dan Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaran Genre dan Fungsi karya Harun Mat Piah (1989). Maklumat lanjut tentang hal ini, boleh juga dirujuk pada buku Glosari Istilah Kesusasteraan, terbitan DBP 1988 yang diselenggarkan oleh Safian Hussain dan lain-lain. Dalam hal ini, sdr juga boleh merujuk ketiga-tiga buku tersebut di mana-mana perpustakaan utama atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Sekian dan wassalam. 

Lain-lain18.12.2010
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

 

 Saudara yang dihormati,

Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah  tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional.  Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu  latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti  cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya.  Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya.  Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan  yang berguna, antaranya ialah buku  Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006).  Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan.

 Salam takzim. 

Lain-lain15.10.2010
Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan.Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah02.02.2013
Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan?Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan.
Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar
2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh
Tatabahasa14.08.2013
bila masa yang sesuai untuk menggunakan (i) i) dan i.Tiada batasan masa yang sesuai bilakah bentuk begitu perlu digunakan terpulang kepada pengguna. Cuma mengikut Gaya Dewan bentuk "i)" tidak diterima kerana tanda kurungannya tidak lengkap dan sepatutnya ditulis "(i)". Bentuk-bentuk lain yang boleh digunakan: i- dan  i. dsb.Lain-lain06.02.2009
What is General Superintendent in Bahasa Malaysia. We have been using the word Pengelola Agung. Thank you for your help.Istilah General Superintendent tidak ada dalam sumber rujukan. Walau bagaimanapun saya paparkan beberapa bentuk bentuk istilah yang mengandungi perkataan general dan padanannya dalam bahasa Melayu seperti Inspector General - Ketua Polis Negara, Auditor General - Juruaudit Negara, General Manager - Pengurus Besar, General Staff - Kakitangan Turus Am. Berdasarkan contoh-contoh tersebut tidak istilah yan menggunakan kata general diberi padanan Agung. Oleh itu, berdasarkan contoh yang ada padanan yang paling sesuai untuk General Superintendent ialah Penguasa Negara.Istilah13.05.2009
bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu?KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta.  Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi.Lain-lain14.06.2008
12345678910...

Kembali ke atas