Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.00 tengah hari atau 1.00 petang1.00 tengah hariTatabahasa04.07.2011
Pukul 1.00 petang atau tengah hariJawapan yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari.Lain-lain26.08.2019
Salam, pukul 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari.Tatabahasa06.01.2013
Betulkah istilah ini : - memperbanyakkan berkaitan waktu : tengah hari - bilakah waktunya? petang? 1.00 petang atau 1.00 tengah hari (ada beberapa istilah lagi saya nak tanya,tapi saya terlupa)Tuan/Puan,

Berikut ini ialah senarai tempoh jam dan senarai waktunya yang sesuai:

12.00  -  1.59  : Tengah hari

2.00  -  6.59    :  Petang

7.00  -  11.59  :  Malam

12.00  -  12.59 :  Tengah malam

1.00  -  11.59   :  Pagi
Lain-lain03.02.2015
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih.Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut:
12.00-1.59 tengah hari;
 2.00 - 6.59 petang;
7.00- 11.59 malam;
12.00- 12.59 tengah malam;
1.00- 11.59 pagi.
Tatabahasa02.01.2013
Saya ingin bertanya tentang masa dan sebutan. Contoh ; pukul 1.00 tengah hari atau pukul 1.00 petang Bolehkah pihak tuan jelaskan bila masa sebutan waktu pagi,petang dan malamWaktu dan sebutan yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari. Pemenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 
i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59
iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Lain-lain16.12.2021
Saya ingin bertanya cara penggunaan tatacara penulisan waktu jam yang betul didalam surat seperti contoh pukul 1.00 tengahari ataupun 1.00 petang , 7.00 petang ataupun 7.00 mlm.

Pemenggalan masa untuk waktu tengah hari dan malam bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari dan pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan saudara.

1.00 a.m. hingga  11.59 a.m. (pagi)

12.00 a.m. hingga 1.59 p.m.  (tengah hari)

2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang)

7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam)

12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) 

Tatabahasa13.03.2019
Soalan: Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang? Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih.

Pemenggalan masa untuk waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan.

1.00 a.m. hingga  11.59 a.m. (pagi)

12.00 a.m. hingga 1.59 p.m.  (tengah hari)

2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang)

7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam)

12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) 

Lain-lain01.07.2020
Assalamu'alaikum... Menurut rujukan PRPM, penggunaan istilah masa adalah seperti berikut: Pagi: 1.00 a.m.-11.59 a.m. Tengah hari: 12.00 p.m. – 1.59 p.m. Petang: 2.00 p.m. – 6.59 p.m. Malam: 7.00 p.m. – 11.59 p.m. Tengah malam: 12.00 a.m. – 12.59 a.m. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kepastian, adakah istilah pukul 1.00 petang itu tidak wujud sebagaimana yang sering dipertuturkan oleh orang awam? Bagaimana pula dalam penulisan terutamanya karangan pelajar? Adakah dibenarkan atau perlu diperbetulkan? Terima, kasih.Salam sejahtera,

Pemenggalan masa yang betul ialah, 1.00 tengah hari. Perlu dibetulkan dalam penulisan karangan.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.05.2019
Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malamPenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi.Tatabahasa22.07.2013
123456

Kembali ke atas