| Salam sejahtera tuan/puan, Pertanyaan saya: 1. Untuk alamat rumah ~ ditulis Nombor 18 @ No. 18? 2. Wanita itu berusia enam puluhan @ berusia 60-an? Terima kasih. | Untuk penulisan alamat lazimnya ditulis dalam singkatan iaitu no. 18 manakala jawapan yang betul bagi soalan kedua ialah 60-an. | Lain-lain | 29.06.2019 |
| (18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik". | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 08.10.2021 |
| macam mana hendak menghantar borang permohonan untuk pk11.saya kurang faham | Assalamualaikum, Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan melalui pos kepada KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA). | Lain-lain | 15.03.2020 |
| Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/ puan untuk tentukan yang mana satukah betul. 1. antara 18 hingga 45 tahun 2. antara 18 dengan 45 tahun Sekian, terima kasih | Ayat yang betul ialah ... antara 18 hingga 45 tahun. | Tatabahasa | 14.08.2025 |
| Bagaimana mengenali 18 pola keselarasan vokal dalam cerpen? Adakah ia diambil dalam kata dasar sahaja atau boleh diambil dalam perkataan yang mempunyai imbuhan? Sebagai contohnya, u-u = bunuh (kata dasar) atau pembunuhan (bersama imubuhan). Walaupun perkataan yang mempunyai imbuhan boleh dikira sebagai pola keselarasan vokal? terima kasih | Pola keselarasan vokal boleh ditemukan dalam kata dasar dua suku kata atau dua suku kata terakhir. Berdasarkan contoh yang saudara berikan pola keselarasan vokal boleh dilihat dalam perkataan bunuh dan imbuh. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
| adakah perkataan ini (kelapan belas) betul untuk merujuk ke-18? | Ya betul. Ejaan kelapan belas boleh merujuk ke-18. | Ejaan | 31.05.2017 |
| Remaja, 18 Tahun yang Membunuh Kerana Inginkan Kemasyhuran di TikTok. Apakah ada kesalahan di tajuk berkenaan? Adakah tajuk yang lebih sesuai? Terima kasih sekiranya sudi menjawab. | Remaja, 18 Tahun yang Membunuh Kerana Inginkan Kemasyhuran di TikTok. Siapa atau apa yang dibunuh? Membunuh ialah kata kerja aktif transitif yang mesti diikuti dengan objek. Kata hubung pancangan yang juga hadir bukan pada tempat yang betul. | Tatabahasa | 24.04.2021 |
| Tuan, Frasa sendi nama 'pada peringkat' lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama 'di peringkat'. Bagi ayat tersebut, yang manakah lebih tepat. 'di kedudukan ke-18 daripada 189 negara ATAU 'pada kedudukan ke-18 daripada 189 negara'. adakah kedudukan tersebut membawa maksud tempat. Sekian, terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah "pada kedudukan ke-18 daripada 189 Negara". Kedudukan tidak membawa maksud tempat. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
| May 18 Nazirul Nazrin Nasaruddin salam.. nk tanya, di bangunan DBP ada kiosk jualan semua buku-buku keluaran DBP ke..? | a few seconds ago Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP dan pihak kami mohon maaf atas kelewatan memberi maklum balas kerana masalah teknikal. Sungguhpun begitu, kami tetap membantu. Pihak tuan boleh terus ke Koperasi DBP di aras bawah Menara DBP untuk membeli buku terbitan DBP. Moga ini membantu tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 18.05.2014 |
| Anas Hashim Dec 18 2:33PM "Harapkan pegar,pegar makan padi"? 2. "Melepaskan batok ditangga"? Betul ke? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 18.12.2015 |