Cikgu, apakah beza antara "lahir" dengan "dilahirkan"? Minta lihat dua ayat ini. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. Ada perbezaankah antara dua ayat? | Kedua-dua perkataan "lahir" dan "dilahirkan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. | Tatabahasa | 14.03.2015 |
Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, maka penulis memberikan penekanan khas kepada tempoh masa daripada tahun 1957 hingga 2007. Soalannya: Betulkan penggunaan sendi nama 'daripada' di sini atau lebih baik menggunakan sendi nama 'dari'? | Penggunaan sendi nama yang betul ialah "dari" bagi menerangkan tempoh masa, iaitu dari tahun 1957 hingga 2007. | Tatabahasa | 29.08.2007 |
Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? | Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang. | Lain-lain | 27.08.2007 |
Adakah 'Merdeka' (dieja dengan M besar) dianggap sebagai kata nama khas? (Yakni dalam konteks Malaysia sahaja di mana Merdeka pastinya merujuk pada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan merdeka yang dieja dengan m kecil merujuk kepada kebebasan insan/negara lain). | Tidak. Perkataan tersebut kata umum dan perlu dieja dengan huruf kecil. | Lain-lain | 23.11.2018 |
apakah peranan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan? | Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:· Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;· Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;· Digunakan dalam semua rekod kerajaan;· Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan· Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. | Lain-lain | 27.05.2008 |
apakah tatabahasa transformasi generatif? | Dalam tatabahasa generatif, ayat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan dalaman. Hubungan butir linguistik dlm ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa, pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi. Tatabahasa ini dipelopori oleh Noam Chomsky, 1957. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENAR | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir? | Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982 | Lain-lain | 12.04.2007 |
Seperti yang sedia maklum, bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan namun mengapa kebanyakan IPTA di negara kita menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar selepas mendapat pengiktirafan ISO? Walaupun pihak Kementerian Pelajaran ingin melahirkan para pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris adakah perkara ini wajar dilakukan oleh pihak IPTA?Sekian terima kasih.Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. | Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti: - Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
- Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
- Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
- Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
- Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Sesungguhnya IPTA tidak sewajarnya menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960 | Lain-lain | 26.08.2008 |
Saya sedang mengikuti pengajian separuh masa sekarang ni dan saya juga sedang membuat kajian tentang bahasa kebangsaan kita.. soalan saya mengenai bahasa kebangsaan kita. Bahasa kebangsaan kita adalah bahasa utama di malaysia, tetapi bahasa yang selalu di pakai sekarang ialah bahasa international iaitu bahasa english. kenapakah kita tidak menggunakan bahasa kita dalam apa jua urusan di negara kita?bagaimanakah kita sebagai rakyat malaysia untuk membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? bagaimana pula kerjasama kerajaan dan swasta dalam membangunkan bahasa kebangsaan? | Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:· Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;· Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;· Digunakan dalam semua rekod kerajaan;· Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan · Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. DBP menjalankan pengembangan bahasa Melayu dalam negara terbahagi kepada sektor awam dan sektor swasta. Untuk sektor awam, empat sektor utama yang terlibat, iaitu Sektor Kerajaan Pusat; Sektor Kerajaan Negeri dan Tempatan; Sektor Badan Berkanun; dan Sektor Pendidikan. Manakala dalam sektor swasta pula tumpuan diberikan kepada empat sektor, iaitu Sektor Perdagangan Dalam Negeri; Sektor Perkhidmatan Kewangan; Sektor Industri Khusus; dan Sektor Media Massa. | Lain-lain | 10.05.2008 |