Adakah nama jurnal atau sebarang istilah bahasa Inggeris dalam ayat perlu diletakkan tanda petik dan di italik kan? Contoh: Dr. Adli telah berjaya menerbitkan beberapa makalah dalam jurnal antarabangsa seperti “Journal of Biological Conservation 1989” | Dr. Adli telah berjaya menerbitkan beberapa makalah dalam jurnal antarabangsa seperti Journal of Biological Conservation 1989. Bahan terbitan perlu diitalikkan, sama ada dalam bahasa Inggeris ataupun dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 29.03.2022 |
Apakah makna geo ? Contohnya dalam perkataan geofisik,geografi dll. Kamus Dewan saya (Edisi Baru 1989) tidak ada 'geo' . Terima kasih. | awalan asing berkaitan dengan bumi, geofizik, geokimia dan geologi. | Lain-lain | 09.10.2007 |
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita? | Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum. | Tatabahasa | 27.12.2016 |
Bagaimana saya ingin mendapatkan buku-buku terbitan DBP iaitu Totto Chan-Gadis kecil dijendela yang diterjemahkan oleh Samsuddin Jaapar dan diterbitkan pada tahun 1989 | Sdr. Sifuy, judul ini sudah lama diterbitkan. Saya tidak pasti sama ada masih ada dalam stok kedai buku DBP. Memandangkan buku ini projek terjemahan, DBP tidak boleh membuat cetak ulang kerana bergantung pada perjanjian dengan penerbit asal. Sebagai pilihan, sdr. boleh dapatkan judul ini dari Pusat Dokementasi Melayu DBP (sebagai bahan bacaan sahaja). Terima kasih. | Lain-lain | 28.05.2013 |
Tuan DBP, adakah wujudnya cerita (predikat) yang berbentuk klausa? Klausa sebegini dinamai klausa predikat oleh Tuan Asraf di dalam buku beliau Petunjuk Bahasa Melayu KBSM (1989) pada halaman ke-210. Contoh ayat yang bercerita klausa: Pelita itu sudah dikecilkan apinya. Benda (subjek) frasa nama "pelita itu" dan cerita "sudah dikecilkan apinya". Cerita berbentuk klausa kerana mempunyai benda "apinya" dan cerita "sudah dikecilkan". Keterangan tentang cerita klausa tidak ada di dalam Tatabahasa Dewan, tetapi bolehkah kita kira bahawa cerita klausa tidak wujud di dalam nahu bahasa Melayu? Keterangan Tuan Asraf waras pada saya. Pohon tuan meneliti ayat-ayat contoh yang saya berikan dalam WordPad, adakah cerita-cerita di dalam ayat contoh WordPad berbentuk klausa? | Tuan, soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian ini sebaiknya diajukan kepada ahli bahasa yang lebih pakar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.12.2016 |
Tuan, adakah "menandai" dapat bermaksud "menjadi tanda pada"? Kemungkinan ini saya agak kerana kata nama + meN-...-i dapat bermaksud menjadi maksud kata dasar nama pada (rujuk Asraf. (1989:102). Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.) Namun begitu, dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, tiada maksud "menjadi tanda pada" pada kata "menandai" melainkan "membubuh tanda pada, memberikan tanda pada sesuatu benda". Sila halusi WordPad yang terlampir untuk lebih teliti memahami pandangan saya. Terima kasih tuan! Salam memperjuangkan daulat bahasa Melayu. | Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menandai, perkataan menandai antaranya membawa maksud menjadi tanda pada. | Tatabahasa | 16.12.2016 |
Kenapa banyak kata-kata daripada etnik Sabah dan Sarawak tiada dalam Kamus Dewan? | Kamus Dewan terbitan DBP Edisi pertama diterbitkan pada 1970, kemudiannya dikemaskinikan pada 1984, 1989 dan 10090. Untuk pengetahuan anda, di dalam Kamus Dewan Edisi Pertama ini hanya memuatkan perkataan yang telah sedia terkumpul pada masa itu. Seterusnya Kamus Deewan Edisi Ketiga diterbitkan pada tahun 1994 telah memasukkan 50 kata sukuan daripada Sabah dan Sarawak yang terpilih sebagai kata masukan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula memutuskan perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dimasukkan sebagai entri tambahan. Selain itu, sebenarnya kata-kata sukuan juga diterbitkan dalam Buku Kata Bahasa Sukuan untuk Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP tahun 1988. Harap maklum. | Lain-lain | 26.09.2006 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA LARAS KESUSASTERAAN DALAM PERUNDANGAN, PERDAGANGAN, EKONOMI DAN PERTANIAN? | Saudari boleh merujuk buku berikut iaitu, 1. Laras Bahasa, 1995 oleh Kamaruddin Hj. Husin terbitan Utusan Publications 2. Laras Bahasa, 1989 oleh Nik Safiah Karim terbitan Nurin Enterprise 3. Laras Bahasa Ilmiah, 1995 oleh S. Nathesan terbitan DBP dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. | Lain-lain | 20.08.2007 |
saya harap pihak tuan boleh menerangkan tentang kaitan ekonomi sesebuah negara dengan imej negara tersebut di peringkat antarabangsa.... | Sila rujuk bahan ini : 1. Dasar Ekonomi Malaysia oleh Nik Hashim Mustapha. UKM : 1989 | Lain-lain | 11.03.2008 |
Perkataan segalanya atau segala merupakan golongan kata apa? Kata adjektif atau kata sendi nama | Perkataan “segala” dan “segalanya” merupakan kata bilangan. Rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 1989. | Tatabahasa | 11.08.2024 |