1990-an atau 1990 an? | 1990-an | Lain-lain | 27.10.2015 |
Adakah 1990an atau 1990-an? | Tulisan yang betul ialah 1990-an (penggunaan tanda sempang -an untuk menyatakan maksud dalam sepuluh tahun berkenaan). | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasih | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 15.07.2016 |
KENAPA DBP TIDAK MENERBITKAN SEMULA BUKU-BUKU DARIPADA TAHUN 1980-an HINGGA 1990-an TERUTAMANYA BUKU-BUKU YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN? SAYA MERASAKAN BUKU-BUKU INI PERLU DITERBITKAN SEMULA KERANA SEBAGAI PELAJAR UNIVERSITI TERLALU SUKAR UNTUK MEMILIKINYA SEBAGAI BAHAN BACAAN SEDANGKAN BUKU-BUKU INI TIDAK BERADA LAGI DALAM PASARAN.DI HARAP DBP DAPAT MENGAMBIL BERAT TENTANG HAL INI. | DBP ada mencetak ulang buku-buku daripada tahun 1980-an hingga 1990-an mengikut keperluan. Saudara boleh mencadangkan judul-judul untuk dicetak ulang untuk dipertimbangkan oleh DBP. Cadangan boleh dikemukakan kepada Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.05.2008 |
Salam Tuan..saya sedang mencari buku Ibrahim Wahab, (1990), Teknik Sistem Lalulintas Dan Pengangkutan, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur sebagai rujukan untuk projek akademik saya. Di mana saya boleh dapatkan buku ini? | Terima kasih atas soalan anda. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan menjadi ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan saudara boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan. | Lain-lain | 05.08.2010 |
Adakah penggunaan perkataan 'dianugerahkan' pada ayat berikut ini betul? Pada 1990, Allahyarham pernah dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Allahyarham pernah dianugerahi Doktor Kehormat Pendidikan. Doktor Kehormat Pendidikan dianugerahkan kepada Allahyarham. Sila rujuk tatbahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 09.02.2008 |
Adakah boleh menggunakan tahun 2000-an bagi merujuk tahun-tahun 2000 ke atas sepertimana kita sering merujuk tahun 1990-an? | Selamat pagi Pihak cik/puan menggunakan tahun 2000-an bagi merujuk tahun-tahun 2000 ke atas. | Lain-lain | 20.06.2016 |
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….? | Puan Nurulhuda, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
apakah fonologi bahasa sungai? berapakah vokal dan konsonan dalam bahasa sungai? | Saudara boleh merujuk artikel atau makalah dalam Jurnal Bahasa(1990) di Pusat Dokumentasi Melayu . | Tatabahasa | 02.03.2008 |