Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, cuba damaikan maksud "ganda"; menurut kamus-kamus dalam internet: "Sekali ganda" bermaksud: 1 menjadi 2, 2 menjadi 4, 4 menjadi 8 "Double" pula diterjemahkan "dua kali ganda": 1 menjadi 2, 2 menjadi empat, 4 menjadi 8 Maka, "sekali ganda" = "dua kali ganda"? Agak mengelirukan.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'double' bermaksud berganda atau sekali ganda manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (contoh: empat menjadi lapan) Makna02.12.2021
Mohon penjelasan penggunaan mukasurat bagi surat rasmi yang lebih daripada satu muka. Di surat pertama dipenjuru kanan bawah diletakkan ...2/- dan muka surat seterusnya diletakkan mukasurat sebenar surat di tengah-tengah bawah surat. Soalan saya jika surat yang dikeluarkan mempunyai tiga atau lebih bagimana cara pemberian mukasurat, terima kasih.

Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut.  

Lain-lain12.09.2022
Adakah ayat ini betul? Bolehkah menggunakan dari? Diskaun 10% dari $120 Diskaun 10% dari $150 2 Hadiah dengan $250 Diskaun $2 untuk 2

Cadangan jawapan yang betul ialah:


1.
Diskaun 10% daripada RM120
2. Diskaun 10% daripada RM150
3. Soalan tidak difahami. Sila nyatakan pertanyaan dengan lengkap.

Makna04.08.2022
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import.

1. Pemasukan kata 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut.
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" />
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" /> 2.2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" />
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" /> 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">ianya muncul semula dalam tahun 1960-an.
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" />
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" /> 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796).

Makna26.08.2022
Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Harga rumah teres 2 tingkat daripada RM400,000 2) Harga rumah teres 2 tingkat dari RM400,000Ayat yang betul ialah “Harga rumah teres 2 tingkat bermula daripada RM400,000.00.”Tatabahasa03.04.2023
Salam sejahtera, antara ayat berikut yang manakah penggunaan yang betul? Ia merupakan ayat yang terpapar di bunting untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan kami. 1. Terima kasih atas 2 tahun bersama 2. Terima kasih untuk 2 tahun bersamaTeks yang sesuai digunakan ialah “Terima kasih untuk 2 tahun bersama-sama kami”.Tatabahasa15.08.2024
Unified Secured Transaction Legal Framework - Kerangka Undang-undang Transaksi Bersekuriti Disatukan Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih Pohon pandangan tuan tentang terjemahan ini. Terima kasih.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 
2
; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" />
2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" /> 1. 2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">Unified Secured Transaction Legal Framework – Kerangka Undang-undang Urus Niaga Bersekuriti Disatukan

2; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;" /> 22; widows: 2; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-thickness: initial; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial; word-spacing: 0px;">Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih 


Penyemakan dan penterjemahan30.10.2022
2. Kita perlulah membantu ibu menjaga adik dan bermain-main dengannya sementara ibu kita memasak di dapur. adakah ayat ini betul?

Ayat yang betul ialah "Kita perlulah membantu ibu menjaga adik dan bermain-main dengannya, sementara ibu memasak di dapur."

 

Lain-lain27.09.2024
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas?

Frasa yang betul:

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
  2. Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.

Tatabahasa17.10.2022
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan.
Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu.
Tatabahasa02.05.2022
12345678910...

Kembali ke atas