Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 200


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan mana yang betul:- 1. Pra-Pelancaran atau Pra Pelancaran 2. Ke-200 atau Ke 200 Saya musykil dengan penggunaan tanda 'sempang'. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Prapelancaran dan Ke-200.Tatabahasa07.03.2007
200 kata-kata positif seperti bagus,kamu memang hebatSila rujuk buku Tesaurus  atau Kamus Sinonim (terbitan DBP) untuk mendapatkan kata masukan yang berunsur positif.Lain-lain13.03.2008
Assalamualaikum. Mohon bantuan pihak tuan untuk menjelaskan penggunaan 'di antara' dan 'antara' dalam konteks berikut: 'between 1 and 200'. Adakah 'antara 1 dan 200' atau 'di antara 1 dan 200'? Terima kasih.

Waalaikummussalam,

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya.

Oleh itu, 'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat.

Tatabahasa24.10.2012
'200m' atau '200 m'? (m = meter)Ejaan yang betul ialah 200 m.Ejaan24.04.2015
archive life more than 200 yearshayat arkib lebih 200 yearsLain-lain03.06.2008
1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul?

Ayat yang betul ialah:

1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit

2. Jam tangan itu berharga RM200.00

Tatabahasa12.05.2011
Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
Salam sejahtera...sy zaini dr penang...sy ingin menerbitkn buku sajak @ buku puisi bahasa melayu kerana dalam simpanan sy ada lebih kurang 200 buah sajak...sy ingin bertanya kpd pihak tuan/puan apa yg perlu sy buat & cukupkah hanya sekadar 200 mukasurat dapat menghasilkn sebuah buku... Soaln seterusnya sekiranya boleh...apa yg perlu sy bt...mohon cadangan dr pihak tuan/puan...terima kasih.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan buku sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, melalui talian 03-21479512/ 9513/9514/9515.

 

Lain-lain01.02.2015
Soalan saya, bolehkah penjodoh bilangan digunakan untuk kuantiti yang banyak? Contoh: 1. Kami berjaya menjual 200 helai baju semasa karnival itu. 2. Terdapat 500 buah rumah baharu akan dibina di kawasan lapang itu. Terima kasihPenjodoh bilangan boleh digunakan walaupun untuk kuantiti yang banyak seperti 200 helai baju atau 500 buah rumah. Tatabahasa18.07.2024
12345678

Kembali ke atas