Dear Sir/Madam, Referring to my question on 1 July 2024, I have received your feedback on 4 July 2024. From your feedback, it seems like there should be attachment come together with your feedback. However, I could not find the attachment. I re-attach herewith our Word file, can you check whether the Malay text (Malay translation) is grammatically correct or not? | Mohon lampirkan semula lampiran kerana tidak dapat dibuka dan sila gunakan bahasa Melayu bagi setiap pertanyaan dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan permasalahan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.07.2024 |
Mengapa soalan yang saya tanya tidak direkodkan sejak 27/11/2024? | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 08.12.2024 |
Salam Sejahtera. Harap boleh dapat jawapan untuk soalan bertarikh 26 June 2024 secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Sila maklumkan No. ID dan soalan yang dikemukakan pada tarikh tersebut untuk rujukan kami. | Lain-lain | 05.07.2024 |
Assalamualaikum, saya ada pertanyaan, adakah keputusan peperiksaan Pra-Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 yang dijalankan pada 29/05/2024 sudah keluar? Terima kasih. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkara di atas, sila hantarkan e-mel melalui epengambilan@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.08.2024 |
Saya telah menghantar pertanyaan pada 04 Ogos 2024, tapi masih belum ada jawapan. Mohon perhatian pihak tuan. Terima kasih. | Kami memohon maaf atas kelewatan membalas soalan puan. Walau bagaimanapun, kami memohon kerjasama puan untuk menyatakan semula soalan puan untuk kami salurkan kepada bahagian yang berkaitan. Untuk makluman puan juga, sekiranya soalan puan merupakan soalan "istilah", pihak kami akan mengambil sedikit masa untuk memberikan maklum balas. Kami memohon maaf atas segala kesulitan. | Lain-lain | 02.09.2024 |
Assalam Fail ini ada kaitan dengan soalan saya tempoh hari pada 7/7/2024 berkenaan dengan penggunaan YABrs. Terima kasih. | Kami mengambil maklum perkara tersebut dan akan mengemas kini jawapan KNDBP. Untuk panggilan hormat dan kaedah penggunaannya, tuan boleh merujuk SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 14.07.2024 |
Adakah susunan ayat ini betul? | Berdasarkan contoh ayat dilampirkan, susunan ayat yang betul ialah "Saya ingin tahu, adakah cuti sakit swasta saya dari tahun 2012 hingga tahun 2024 telah melebihi daripada kelayakan yang sepatutnya?" | Tatabahasa | 02.12.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai sayembara deklamasi sajak. Pada bulan hadapan (Ogos 2024), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mengadakan pertandingan deklamasi sajak. Boleh saya mendapatkan tiga (3) orang calon juri profesional untuk tujuan penjurian pertandingan tersebut dan apakah tatacara pembayaran token kepada juri-juri tersebut nanti? Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Mohon kerjasama pihak puan untuk menghantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 22.07.2024 |
Berhubungan dengan soalan saya tentang "beggarweed = rumput kemis?" bertarikh 23/11/2024, ianya rumpai yang tergolong dalam genus Desmodium. Saya juga ada periksa laman MyBis.gov.my yang kata D. triflorum = Rumput Sisik Tenggiling. Bolehkah beggarweed diterjemah ke rumput kemis atau guna padanan ini? Terima kasih sangat-sangat kerana membantu. | Justifikasi dan penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan pada 17 Jun 2025. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2025 |
Penggunaan berkuatkuasa perlu jarak atau tidak? Contoh seperti di bawah: Modul ‘Sistem Bil dan Bayaran’ ini diperkenalkan bagi memudahkan Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan bil dan membolehkan orang awam melakukan pembayaran secara atas talian yang akan berkuatkuasa pada bulan Julai tahun 2024. | Perkataan "berkuat kuasa" perlulah dieja dengan jarak. Ayat yang betul ialah Modul 'Sistem Bil dan Bayaran' ini diperkenalkan bagi memudahkan jabatan atau agensi kerajaan negeri Selangor mengeluarkan bil dan membolehkan orang awam melakukan pembayaran secara dalam talian yang akan berkuat kuasa pada bulan Julai tahun 2024. | Ejaan | 30.05.2024 |