Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. aya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "kewajiban" dan "kewajipan". adakah kedua-duanya sama atau ade perbezaan apabila ingin menbuat ayat? harap pihak DBP dapat membantu.3">3">Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.Tatabahasa20.01.2010
1. Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali. 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 3. Nenek segera dibawa ke hospital kerana dia keracunan makanan. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. A. 1 dan 3 B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 2,3, dan 4 Apakah pilihan jawapan yang tepat?Jawapan: B. 2 dan 4, 2. Dia mengambil satu sudu jem lalu menyapu jem itu pada roti. 4. Pelancong yang berkunjung ke negeri Sarawak terpikat dengan keunikan budaya masyarakatnya. Tatabahasa04.02.2009
Salam 1Malaysia, saya terkeliru dengan singkatan untuk perkataan "Doktor falsafah", saya tidak dapat mencari jawapan yang tepat dalam pangkalan data. Yang berikut mana satukah adalah betul? Minta tunjuk ajar, terima kasih. 1. PhD 2. Ph.D 3. Ph.D.Ejaan yang betul ialah PhD.Tatabahasa10.11.2014
(8E,14E,16E,18E,20E)-(1S,3R,5S,7S,12R,24R,25S,26R)-22-(3-amino-3,6-dideoxy-`simbol beta'-D- mannopyranosyloxy)-1,3,26-trihydroxy-12-methyl-10-oxo-6,11,28-trioxatricyclo [22.3.1.05.7 ]octacosa-8,14,16,18,20-pentaene-25-carboxylic acidSila kemukakan soalan saudara dengan jelas, tuan juga boleh menghubungi kami di talian 03-2147969109/9691/9692 untuk perbincangan lanjut.Lain-lain16.03.2015
Ramai yang membuat kajian mengenai eufemisme, bagaimana pula dengan kajian disfemisme (dysphemism)? Adakah disfemisme berbeza dengan tabu bahasa? Apakah bidang yang paling tepat untuk dikaitkan dengan konsep disfemisme, adakad konsep kesantunan bahasa atau konsep kesopanan bahasa? Boleh cadangkan sumber rujukan yang sesuai untuk kajian bidang disfemisme ini?Tidak ada maklumat tentang persamaan atau perbezaan antara disfemisme dengan tabu dalam bahasa. Berkemungkinan ada persamaan antara kedua-dua faktor tersebut. Apabila menyentuh aspek santun berbahasa juga pasti ada melibatkan kedua-dua factor tersebut. Soalan berbentuk kajian seumpama ini tidak dapat dihuraikan dalam ruangan yang terhad, sementelahan pula ia memerlukan bacaan yang banyak dan penelitian yang rapi. Sila rujuk buku yang berkaitan dan dalam data kami ada satu artikel sahaja yang ditulis mengenai disfemisme, lihat d=3">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=disfemisme&d=3 dan beberapa artikel tentang tabu di d=3">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tabu&d=3.Lain-lain06.02.2014
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk...1. في اي سيستم
2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya) 
3. 4 G-D كود
Ejaan28.05.2012
Salam Hurmat, Beberapa tahun dulu Dewan Satera ada memuatkan artikel tentang tokoh penulis lama bernama A.Salam (Abdul Salam bin Ayob) dari Singapura. Boleh sekiranya saya dapatkan maklumat tersebut yang merupakan satu muka surat saja. Terima kasih.Berdasarkan carian kami, tidak ada maklumat tentang artikel yang tuan maksudkan, sila lihat d=3">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=A.+Salam&d=3 untuk maklumat lanjut.
Lain-lain16.07.2014
Mohon penjelasan dari pihak tuan berkenaan dengan nama bangunan yang kami daftarkan sebelum ini UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ejaannya sah. Dan kami hanya ingin menukar maklumat nombor telefon sahaja tetapi cadangan nama ditolak dan di minta tukar kepada UBE Dewan Bankuet Di Nilai 3. Sebelum ini cadangan nama tidak ada masalah. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk tindakan segera.
Sila kemukan permohonan anda pada domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DBP
Lain-lain12.05.2017
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung?Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk.Tatabahasa06.03.2008
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat bagi aturan di bawah bagi dokumen rasmi kerajaan- (a) Jam 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Jam 3.00 petang hingga 4.30 petang; atau (c) Jam 3.00 - 4.30 petang; atau (d) Jam 3.00 petang - 4.30 petang. Sekian, terima kasih. Siddiq BLPKKWaalaikumsalam,
Kedua-dua aturan masa di bawah ini boleh digunakan;
1. (a) Pukul 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang;
Ejaan03.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas