●6 ●31 ●36 Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pembantu rumah itu mengemas rumah ____________majikannya ke tempat kerja. A)setelah B)sampai C)kerana D)sementara Apakah jawapan untuk soalan di atas? Boleh tuan/puan menjelaskan semua empat pilihan untuk soalan ini ? Terima kasih. | Ayat yang bersesuaian ialah “Pembantu rumah itu mengemas rumah setelah majikannya ke tempat kerja.” Kata “setelah”, “kerana” dan “sementara” merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Kata “sampai” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 253 dan 421 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1949.
| Lain-lain | 26.01.2024 |
Hi, would like to get your advice for the below translation. (Baked products are bread, cakes, cookies) All freshly baked products are best to consume within 36 hours from time of purchase, except items with expiry date. Semua produk yang baru dibakar adalah baik untuk dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. Thank you very much. | Semua produk yang baru dibakar boleh dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2015 |
Kami bercadang untuk menggunakan padanan "contaminate" dalam ayat di bawah ini sebagai "mengkontaminasikan" kerana kami ingin menggunakan padanan "mencemarkan" bagi "taint". “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. 36A. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”. Adakah perkataan "mengkontaminasikan" ini teratur dari sudut tatabahasa? | Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mengkontaminasika, mencemarkan atau masuk ke dalam makanan.” | Tatabahasa | 04.06.2021 |
Suziyani Farhana 2.36 PTG Suziyani Farhana salam tuan, saya nak bertanya apakah gelaran panggilan yang sesuai bagi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang tidak mempunyai gelaran Dato', adakah sesuai YBrs. (Yang Berusaha) En. xxx? | Sapaan kehormat "Yang Berusaha" boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. | Tatabahasa | 29.08.2017 |
Muhamad Hazim 12.36 PTG Muhamad Hazim Muhamad Assalamualaikum, mohon bertanya. Adakah pihak DBP akan menerbitkan semula Asohan Budi oleh Za'ba? Kerana cetakan terakhir pada tahun 1958. | Mohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci. | Lain-lain | 04.05.2017 |
Ali Imran 15:36 Salam Saya ingin berkongsi maklumat tentang sebuah papan iklan yang saya kira, menggunakan tatabahasa yang salah. Lokasi: Tepi Lebuhraya MEX, menghala Kuala Lumpur, selepas tol Tarikh gambar diambil: 10 November 2016 Jurukamera: Ali Imran (saya sendiri) Apakah tindakan yang boleh dibuat DBP berkaitan hal sebegini. Sekian. Ali Imran Kuala Lumpur | Wassalam, Tuan, Pihak tuan boleh menghantar gambar berkenaan kepada pegawai kami melalui e-mel: mulia@dbp.gov.my untuk tindakan dan makluman kami. Pihak kami akan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan dan meminta pihak majlis mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih. | Lain-lain | 11.11.2016 |
(Sebanyak/ Seramai/ Terdapat)36 orang peserta mengikuti lawatan itu. Jawapan yang mana paling tepat? Sekian, terima kasih. | Seramai... | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Lucy Joseph JUM 9.36 PTG Lucy Joseph Selamat petang. Sy nak tanya karya ahmad patria Adakah buku Petua azkram dan pedang aurora sudah d terbitkan? | Untuk pertanyaan tentang buku, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501. | Lain-lain | 13.10.2017 |
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 30.05.2017 |
Zaliza Sulaiman THURS 19:36 Assalamualaikum..maaf..saya ingin bertanye..jika ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka macam maner cara die?cth pertandingan deklamasi sajak,pidato,bercerita sekolah rendah | Kegiatan kebahasaan anjuran DBP diuar-uarkan melalui laman web kami. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini kegiatan anjuran kami. | Lain-lain | 02.02.2017 |