Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, cuba damaikan maksud "ganda"; menurut kamus-kamus dalam internet: "Sekali ganda" bermaksud: 1 menjadi 2, 2 menjadi 4, 4 menjadi 8 "Double" pula diterjemahkan "dua kali ganda": 1 menjadi 2, 2 menjadi empat, 4 menjadi 8 Maka, "sekali ganda" = "dua kali ganda"? Agak mengelirukan.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'double' bermaksud berganda atau sekali ganda manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (contoh: empat menjadi lapan) Makna02.12.2021
Huruf besar atau kecil: 1. ... Tingkatan 4 Aries atau ... tingkatan 4 Aries? 2. ... bersama Guru Kelas Tingkatan 4 Libra atau ... bersama guru kelas tingkatan 4 Libra
  1. Perkataan Tingkatan 4 Aries dan Guru Kelas 4 Libra merujuk pada kata nama khas dan dieja dengan huruf besar pada pangkal perkataan.
  2. Ayat yang betul ialah ... bersama-sama Guru Kelas 4 Libra atau ... bersama-sama Guru Tingkatan 4 Libra.

 

Tatabahasa09.04.2025
percubaan 4percubaan 4 BSMIstilah09.12.2025
"Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Tegakkan Hormat"
4" cellpadding="4" rules="all" border="1" id="MainContent_GridView1" style="border-collapse: collapse; border-spacing: 0px; max-width: 100%; font-family: arial; font-size: 14px; border-color: lightblue; width: 1108.18px;">
Pertanyaan tuan tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan tuan bagi membolehkan pihak 
kami membantu saudara dalam perkara ini.  
Tatabahasa03.10.2024
Istilah double-blind trial dalam perubatan. Uji kaji dubel-sulih?Istilah double-blind trial dalam perubatan ialah uji kaji dubel-buta. 4" cellpadding="4" rules="all" border="1" id="MainContent_GridView1" style="border-collapse: collapse; border-spacing: 0px; max-width: 100%; font-family: arial; font-size: 14px; border-color: lightblue; width: 1108px;">


Istilah04.11.2020
Adakah terjemahan istilah/formula kimia ini betul? 1. phosphatidylinositol-4,5-bisphosphate 3-kinase catalytic subunit delta = delta subunit katalitik fosfatidilinositol-4,5-bifosfat 3-kinase 2. transforming growth factor beta receptor 1 = faktor pertumbuhan transformasi reseptor beta 1 3. transforming growth factor beta receptor 1 = faktor pertumbuhan transformasi reseptor beta 1 4. interleukin-2- inducible T-cell kinase deficiency = kekurangan kinase sel T teraruh interleukin 2 5. baculoviral inhibitor of apoptosis repeat containing protein 4 = protein 4 mengandungi ulangan perencat apoptosis bakulovirusUntuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2024
1. Bagi ayat "Kajian ini dijalankan bagi menilai persepsi guru terhadap kebolehgunaan bahan bantu mengajar dalam subtopik Mitosis Tingkatan 4", huruf pertama bagi perkataan mitosis dan tingkatan 4 itu perlu huruf besar atau huruf kecil? 2. "Kajian terhadap murid Tingkatan 4" atau "Kajian terhadap murid tingkatan 4" Terima kasih. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kajian ini dijalankan bagi menilai persepsi guru terhadap kebolehgunaan bahan bantu mengajar dalam subtopik mitosis tingkatan 4
2. Kajian terhadap murid tingkatan 4.
Ejaan14.11.2020
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat bagi aturan di bawah bagi dokumen rasmi kerajaan- (a) Jam 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Jam 3.00 petang hingga 4.30 petang; atau (c) Jam 3.00 - 4.30 petang; atau (d) Jam 3.00 petang - 4.30 petang. Sekian, terima kasih. Siddiq BLPKKWaalaikumsalam,
Kedua-dua aturan masa di bawah ini boleh digunakan;
1. (a) Pukul 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang;
Ejaan03.09.2018
Minta Bantuan Perkataan jawi seperti berikut : 1) KEDAI AKSESORI KERETA 2) PAKAR AKSESORI KERETA 3) KEDAI KOMPUTER 4)GEDUNG KOMPUTER 4) PENGIKLANAN 5) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI TERIMA KASIH1) KEDAI AKSESORI KERETA  =  کداي اکسيسوري کريتا
2) PAKAR AKSESORI KERETA  =   ڤاکر اکسيسوري کريتا 
3) KEDAI KOMPUTER = کداي کومڤوتر 
4)GEDUNG KOMPUTER  =  ݢدوڠ کومڤوتر 
5) PENGIKLANAN =  ڤڠيعلانن
6) KEDAI ALAT TELEKOMUKASI  =  کداي الت تيليکومونيکاسي   
Lain-lain12.11.2019
Ibnu Abd Halim Nov 8th, 4:52pm Assalam Ibnu Abd Halim Nov 8th, 4:52pm Boleh saya ty Ibnu Abd Halim Nov 8th, 4:52pm Buku sejarah islam di india masih ada keTerima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain08.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas