Mohon jelaskan secara terperinci perkataan Kerja. Adakah maksud di bawah boleh diguna pakai? KERJA bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap. | Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui secara terperinci maksud perjataan 'kerja'. Huraiannya terlalu panjang untuk dijawab di sini. | Makna | 22.02.2019 |
PANDUAN MENULIS SURAT RASMI Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam. Cara menulis surat rasmi: 8. Perkara atau Tajuk Surat: 8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur dengan nama dan alamat pengirim serta penerima. 8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan kandungan surat. 8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan digariskan. 8.4 Jika tajuk surat lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan. 8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah. Contoh: Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar Tahun 2003 * Tajuk surat mesti digaris Tetapi kenapa masih ada lagi surat-surat rasmi daripada mana-mana pihak yang menggunakan HURUF BESAR untuk tajuk surat rasmi atau pekeliling2????? Sedangkan apa yang dipelajari di sekolah-sekolah...tajuk surat rasmi hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil dan kata sendi nama kecuali bagi huruf pertama setiap perkataan | Garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. DBP sebagai salah sebuah agensi kerajaan mematuhi garis panduan tersebut dan menggalakkan agensi awam yang lain mematuhi garis panduan ini. Walau bagaimanapun bagi tujuan peperiksaan, pelajar hendaklah mematuhi tatacara penulisan surat rasmi yang diajar oleh guru. | Lain-lain | 05.06.2013 |
buku panduan elektrik | Sila berikan dengan jelas tajuk buku/modul supaya pihak kami dapat menerangkan dengan lebih jelas apakah keperluan pihak tuan. Sila hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum seperti alamt di bawah: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Parcel E 62604 PUTRAJAYA 03-88882000/03-88842036 (Pn.Jagdeesh Kaur) | Lain-lain | 23.02.2008 |
1. antioxidant 2. whole-what flour 3. premixed vitamin 4. vanillin 5. malt extract 6. leaving agent 7. skimmed milk powder 8. casrava strerch 9. cocoa mass 10. arkey | 1. antioksidan 2. tepung gandum lengkap 3. vitamin pracampur 4. vanilin 5. ekstrak malt 6. agen penaik 7. susu tepung milk 8. sagu ubi 9. jisim koko 10. wei/dadih | Ejaan | 26.06.2013 |
Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih. | 1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. 2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. 3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan. 4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas. 5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button. 6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet. 7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot 8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular. Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah. | Istilah | 22.11.2017 |
Bagaimanakah caranya menulis angka di dalam sebuah ayat bagi penyediaan laporan. Contohnya : Analisis terhadap Penyata Pendapatan mendapati empat (4) daripada lapan (8) penyata mencatatkan surplus pendapatan. Perlukah diletakkan kurungan ( ) atau memadai dengan menulis angka sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan/puan | Salam sejahtera, Puan, Cara penulisan nombor seperti yang puan nyatakan betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dengan angka. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 19.01.2018 |
Pengertian: 1.prima facie 2.bonafide 3.malafide 4.habeas courpus 5.alibi | 8.5pt">Pengertian: 1.prima facie –jelas sendiri 2. bonafide – asli, ikhlas, 3.malafide - berkaitan dgn sesuatu tindakan atau keputusan yg berdasarkan niat yg buruk. 4. 8.5pt">habeas courpus -(habéas korpus) perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dilepaskan drpd tahanan yg tidak mengikut undang-undang ~.8.5pt">5. alibi-bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: saksi alibi-saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa ketika dituduh, ia tidak mempunyai alibi. | Makna | 25.07.2011 |
Apakah terjemahan untuk nama kimia berikut: (2E)-2-(methoxyimino)-2-{2-[(3E,5E,6E)-5-(methoxyimino)-4,6-dimethyl-2,8-dioxa-3,7-diazanona-3,6-dien-1-yl]phenyl}-N-methylacetamide | Kebanyakan perkataan yang tuan berikan ini belum ada padanan dalam bahasa Melayu. Istilah dalam kurungan ialah istilah yang sedia ada dan menjadi rujukan kepada cadangan istilah yang diberi) 1. Methoxyimino - metoksimino (seperti methoxide - metoksida) 2. Dimethyl - dimetil 3. Diazanona - Diazanona 4. Phenyl - fenil 5. Methylacetamide - metilasetamida (methylacetylene - metilasetilena) | Istilah | 16.03.2015 |
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara | 1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing | 1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layang | Makna | 01.04.2014 |