Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 4th


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abu Aiman Jun 4th, 7:29am Bagaimana saya boleh menjadi sahabat anda supaya boleh mendapat 'update' tetkini?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 4th, 8:46am Terima kasih kerana bersahabat dgn FB DBP. Mudah sahaja untuk mengikuti program terkini DBP. Antaranya kerap membuka FB DBP dan melayari laman sesawang www.dbp.gov.my. Melalui pembacaan yang aktif kedua-dua laman sesawang tersebut pasti anda mengetahui kegiatan terkini DBP. Sekiranya tuan berminat jemputlah hadir kegiatan kami seperti yang tertera pada poster-poster yang diposkan di dinding facebook. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri. Moga ini membantu.Lain-lain04.06.2014
Rifqi Zafran DEC 4TH, 11:59PM Bilakah pengumuman keputusan pengumuman Pertandingan Ulasan Buku Antara IPTS?Sila hubungi urus setia pertandingan atau Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain14.12.2015
Fadzilah Zakirah Jul 4th, 6:35am Salam sejahtera. Saya ada membaca tentang sayembara menulis sajak dbp 2015 kategori remaja. Dan saya cuba untuk mendapatkan borang penyertaannya di laman web rasmi dbp. Namun, mengapa laman web rasmi dbp tidak boleh dibuka? Saya ingin mencetak borang itu untuk mengghantar kepada dbp. Apakah borang itu boleh didapati di laman ini? Saya mengharapkan maklumbalas anda.Terima kasih.Sila hubungi Bahagian Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja melalui talian 03-21479205/9206/9201 atau e-mel norhidayah@dbp.gov.my (Puan Nor Hidayah) atau zabidah@dbp.gov.my (Puan Zabidah).Lain-lain04.07.2015
Atie Atiya Jul 4th, 12:19pm assalamualaikum.. saya ada satu soalan.. kenapa borang ASEAN Young Writers Award tidak dapat dibuka.. sy dah cuba banyak web, tapi masih tak dapat dibuka.. harap maklum.. terima kasih..Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, puan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.myLain-lain04.07.2014
Ainor Abd Aziz Aug 4th, 3:47pm Boleh tak sy nak tau tema bbk utk thn 2015?Terima kasih Tema Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 ialah 1Bahasa 1Bangsa 1NegaraLain-lain04.08.2015
Mohd Suhairi Ahmad Sep 4th, 10:46am Boleh tak cadangkan istilah-istilah matematik dengan betul. Contohnya isipadu atau isi padu yg betul?Terima kasih kepada Tuan Mohd Suhairi Ahmad. Jika dilihat pada bahan gambar yang diletakkan pada ruangan foto di dinding facebook, pasti tuan terjumpa panduan yang diberikan dari semasa ke semasa (disertakan gambar Lembar Bahasa). Rajin-rajin juga mengembara perkhidmatan yang disediakan DBP secara percuma pada url berikut http://prpm.dbp.gov.my Moga ia membantu. Terima kasih.Ejaan04.09.2014
Salam, Saya telah membeli Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Buku Aktiviti Tahun 3, Jilid 1 & Jilid 2 dan ingin mendapatkan list jawapan untuk buku-buku berkenaan. Sekian terima kasih. DEC 4TH, 5:26PM Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih 1:56PM Vicky Salam. Pegawai yang menjawab talian tidak mengetahui patut sambung saya kepada siapa yang in-charged. Email yang saya hantar pula tidak balasan langsung.Kami telah menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian yang diberi. Untuk makluman tuan, Kedai Buku hanya menjual buku teks dan buku aktiviti Bahasa Melayu, manakala senarai jawapan (jika ada) boleh diperoleh melalui Bahagian Buku Teks, kementerian Pendidikan Malaysia.Lain-lain22.12.2015

Kembali ke atas