1.apakah takrif bahasa daripada 5 orang ahli bahasa(antarabangsa) 2.apakah yang boleh dikaitkan dengan bahasa sebagai satu sistem? | Soalan saudara memerlukan pembacaan dan kajian yang luas untuk mendapatkan jawapannnya. Oleh itu, sila rujuk kertas buku/makalah yang berkaitan dan untuk makluman saudara soalan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. | Lain-lain | 05.07.2010 |
Saya memerlukan maklumat (biodata lengkap) 5 orang penyajak berasal dari negeri perak beserta beberapa contoh(1 penyajak 1 hasilan sajak mereka) untuk rujukan saya menyiapkan kertas kerja saya | Sdr. dicadangkan membuat rujukan bahan tersebut di mana-mana perpustakaan negeri atau perpustakaan IPTA yang berhampiran tempat tinggal sdr. Juga sdr. boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.10.2008 |
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. 2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu. 4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Sekian, terima kasih. | Makna | 07.08.2017 |
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 3. Peserta itu pantas/laju betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan | Tatabahasa | 21.08.2010 |
Asalammualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah ayat ini betul? "Jika ditanya tentang keaslian lesen sesebuah syarikat kereta sewa itu pastinya sesuatu benda yang sangat umum tetapi seramai 5 orang pelajar yang telah bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 15 orang pelajar yang tidak bersetuju." | Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas serta lengkap. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan. | 1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya) 3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang) 4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa) 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. | Tatabahasa | 15.02.2013 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas? | Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2019 |
Betulkah hukum tatabahasa di bawah? 1) menghadiahi + orang 2) dihadiahi + objek 3) menghadiahkan + objek 4) dihadiahkan + orang 5) membuatkan + orang 6) dibuatkan + objek Jika terdapat rumus yang salah, mohon untuk dibetulkan dan jelaskan sebabnya. | Untuk makluman, contoh-contoh yang diberikan tidak mengandungi kesalahan dan boleh digunakan. Akan tetapi, merujuk buku Tatabahasa Dewan, orang yang dimaksudkan, juga disebut sebagai objek, bezanya objek bernyawa (tidak semestinya orang) dan juga objek tidak bernyawa. Contoh: 1) menghadiahi + objek bernyawa 2) dihadiahi + objek tidak bernyawa 3) menghadiahkan + objek tidak bernyawa 4) dihadiahkan + objek bernyawa 5) membuatkan + objek bernyawa 6) dibuatkan + objek tidak bernyawa | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Boleh ke ditukarkan ayat "Lain-lain keistimewaan bagi orang-orang di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6". kepada "Keistimewaan lain bagi individu di bawah seksyen 2,3,4,5 dan 6". | Puan Azia, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Ayat yang Puan berikan tidak boleh ditukarkan kerana ayat pertama membawa maksud yang berlainan sama sekali dengan ayat kedua. Terima kasih | Makna | 07.09.2009 |
1. maksud bahasa klasik, jawa, moden dan english. 2. dialek(penggunaan bahasa) | 1. Bahasa klasik ialah bahasa lama 2. Bahasa Jawa ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang -orang Jawa. 3. Bahasa moden ialah bahasa kini 4.Bahasa Inggeris ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang-orang Inggeris. 5. Dialek ialah (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Untuk lebih jelas sdr. bolehlah merujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, dalam KAWAT, (laman DBP). | Makna | 12.02.2007 |