Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana penulisan "waalaikumsalam" yang betul? Adakah ia waalaikumsalam, wa alaikum salam, waalaikum salam, atau wa 'alaikumus-salam?Ejaan yang betul ialah waalaikumussalamEjaan27.11.2021
Salam dan salam sejahtera..boleh saya tahu ada tak buku kisah2 nabi yg dari terbitan DBP utk bacaan kanak2 prasekolah?boleh bg contoh gmbr dan tajuk..terima kasihUntuk makluman saudara, tiada buku kisah-kisah nabi yang diterbitkan khas untuk bacaan kanak-kanak prasekolah oleh DBP. Walau bagaimanapun, saudara boleh mendapatkan Buku Kumpulan Cerita Sahabat Nabi Pemegang Pedang Rasulullah melalui portal dbpniaga.my, Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut.Lain-lain15.06.2023
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022
Salam Pusat Tahfiz Al-Salam Lelaki. Betulkah demikian, ataupun (Lelaki) di dalam kurungan? Terima kasih.Pusat Tahfiz (Lelaki) Al-SalamLain-lain23.08.2021
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul?

          

1.      Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”.

2.      "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.


Ejaan31.10.2023
Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah serta ejaan dalam tulisan jawi berikut: 1. sustainability through diversity / kelestarian melalui kepelbagaian / كلستارين ملالوءي كڤلباڬايان Sekian dan terima kasih.Cadangan terjemahan teks dalam bahasa Melayu "kelestarian melalui kepelbagaian" bagi perkataan bahasa Inggeris "sustainability through diversity" adalah betul dan ejaan Jawi yang betul ialah "كلستارين ملالوءي کڤلباݢاين".
 
Makna14.04.2022
Assalamualaikum Saya nak tanye perlukah meletakkan salam pada permulaan apabila membuat prutusan konvo yang hendak dimasukkan ke dalam buku konvo.

Ucapan salam sesuai digunakan pada teks ucapan, perutusan dan sebagainya. Ucapan salam sudah menjadi amalan yang lazim dalam budaya kita.  

Tatabahasa29.10.2021
Assalamualaikum tuan, Saya diarahkan untuk membuat semakan ejaan berikut sama ada dieja dengan betul mengikut kaedah tatabahasa yang betul.... 1. Al-Salam atau As-Salam 2. Al-Fatah atau Alfatah (Tanpa tanda -) Sekian, terima kasih.

1. Terdapat dua kaedah transliterasi kata arab-rumi, iaitu kaedah sebutan dan kaedah aksara.

aKaedah Sebutan = As-Salam

b. Kaedah Aksara = Al-Salam

Kata arab yang terdapat di dalam buku atau teks ilmiah hendaklah ditransliterasikan menurut kaedah aksara sepenuhnya. Manakala kata arab yang terdapat di dalam bahan bacaan umum separa ilmiah, remaja dan kanak-kanak perlu ditransliterasikan menurut kaedah sebutan.

 

2. Al-Fatah (perlu ada tanda “-”)

Lain-lain12.01.2022
Salam sejahtera, Saya ingin membuat langganan bulanan Dewan Siswa. Bagaimana caranya melalui online ini?Salam sejahtera,

MEMBUAT LANGGANAN MAJALAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk melanggan majalah DBP, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan di portal DBPNiaga.my.
Setelah mengisi borang tersebut, sekiranya  tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Hamadah, melalui talian 03-4101 0033, atau untuk mengesahkan langganan majalah tersebut.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.06.2022
Salam,Puan.Bolehkah Puan memeperkenalkan laman web beberapa dalam pengeluaran idea dan perkongsian idea?

Salam sejahtera.

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

5.     Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan:

a.    Maklumat umum tentang kegiatan DBP: <a href="http://lamanweb.dbp.gov.my/">http://lamanweb.dbp.gov.my/a>

b.    Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: <a href="https://jendeladbp.my/">https://jendeladbp.my/a>

c.    Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: <a href="https://prpm.dbp.gov.my/">https://prpm.dbp.gov.my/a>

d.    Kursus atau bengkel anjuran DBP: <a href="http://akademi.dbp.my/wordpress/">http://akademi.dbp.my/wordpress/a>

e.    Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: <a href="http://pustakav2.dbp.gov.my/">http://pustakav2.dbp.gov.my/a>

f.     Carian buku terbaru terbitan DBP: <a href="https://dbpniaga.my/">https://dbpniaga.my/a>

Sekian terima kasih.
Lain-lain22.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas