Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai penggunaan perkataan percetakan dan pencetakan. Syarikat Percetakan ABC atau Syarikat Pencetakan ABC? | Percetakan ialah tempat atau syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah proses mencetak. Frasa yang betul ialah Syarikat Percetakan ABC. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Tuan, Adakah istilah 'PEMARUT' ais sesuai digunakan kepada sejenis mesin yang mengisar air batu (ais) untuk dijadikan air batu campur, ABC? jika istilah 'pemarut' ais ini tidak sesuai, apakah istilah yang betul bagi mesin membuat ABC ini? terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah PENGISAR AIS | Makna | 20.01.2019 |
Apakah perbezaan ayat 1 denagn ayat 2 dari segi maksud (jika ada). Ayat manakah lebih tepat digunakan? Ayat 1 - Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. Ayat 2 - Pihak tuan hendaklah mengirim senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. | 1. Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. - Ayat ini yang paling tepat kerana mengirim bermaksud menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi pos dan sebagainya; manakala mengirimkan bermaksud menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, atau mengutus. Dalam ayat tersebut mengirimkan di sini bermaksud menghantar. | Tatabahasa | 12.01.2010 |
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian. | 1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
Ulang Tahun ke-40 atau ulang tahun ke 40 ? | Sekiranya frasa ini sebagai tajuk, maka cara penulisan yang betul, contohnya Ulang Tahun Syarikat ABC ke-40, sekiranya dalam ayat cara penulisan yang betul ialah Syarikat ABC akan meraikan ulang tahun ke-40 pada 4 Jun 2014. | Tatabahasa | 03.06.2014 |
2. Bersama-sama ini disertakan Tuntutan Bayaran Kemajuan daripada Syarikat ABC Sdn. Bhd. yang telah disemak dan teratur untuk tandatangan tuan. Mohon pencerahan pihak tuan untuk kesesuian ayat di atas bagi... - "untuk tandatangan tuan" atau - "untuk ditandatangani oleh tuan" Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "untuk ditandatangani oleh tuan" | Tatabahasa | 15.03.2019 |
Dalam minit mesyuarat, saya perlu menulis ayat seperti di bawah: 1. i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti berikut:'Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC'. Soalan: Adakah tatacara penulisan dengan penggunaan tanda (:) diikuti tanda (') adalah betul? Sila beri tunjuk ajar | Tanda baca titik bertindih (:) boleh digunakan kerana fungsinya memperkenalkan atau menambah keterangan. Manakala tanda petik tunggal (') tidak perlu digunakan kerana selalunya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit dengan tanda petik ("). Maka, penggunaan tanda baca yang betul adalah: i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti yang berikut: Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Mengapakah "borang keanggotaan" betul, bukan "borang anggota"? | Jika mahu menggunakan frasa Borang Anggota perlu dilengkapkan seperti Borang Anggota Pertubuhan ABC. | Tatabahasa | 23.04.2015 |
Bantu saya menyemak kesalahan ejaan dan penggunaan ayat yang tidak sesuai dalam ayat seperti berikut: Saya dengan hormatnya diarah merujuk surat tuan ABC/VB/MKNH/09/56 bertarikh 14 April 2008. | Ayat yang betul ialah ' Dengan hormatnya, surat tuan ............bertarikh... dirujuk.' Harap maklum. | Tatabahasa | 25.06.2008 |