Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id kep Angkatan Darat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata AD


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis "... kaum Ad"? a) ... kaum Ad b) ... Kaum Ad Sekian, terima kasihCara yang betul ialah ...kaum Ad.Tatabahasa12.04.2013
ada atau tidak istilah 'ad-hoc; dalam BMAda ejaan ad hoc dikekalkan ejaan dan diitalikkan.Istilah18.12.2011
istilah 'hands-on' dalam BMAd hoc diterjemahkan sebagai ad hoc (dikekalkan ejaan dan diitalikkan), iaitu sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal.Istilah18.12.2011
apa yang di maksudkan dengan " Ad Hoc"Berkenaan sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa perancangan awal.Makna12.11.2009
assalamulaikum sy pelajar kolej mara seremban saya ad buat kajian tentang novel Alias Ali iaitu Krisis terbitan Federal Berhad....saya nk mendapatkan biografi pengarang Alias Ali dan Sinopsis novel ni..... terima kasih...

Waalaikumusalam wbk. Bagi mendapatkan biografi pengarang Alias Ali, sdr bolehlah mendapatkan/merujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH (Edisi Ketiga), terbitan DBP, 2005. Buku tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai utama atau dirujuk di mana-mana perpustakaan utama di tempat sdr atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Tentang sinopsis novel Krisis karya penulis tersebut, sdr bolehlah merengkaskan ceritanya selepas karya tersebut dibaca.

Sekian dimaklumkan dan wassalam.

Lain-lain04.08.2010
Adakah erata di terima sebagai perkataan Bahasa Malaysia? Erata digunakan oleh lembaga peperiksaan tetapi tidak ad dalam kamus dewan edisi ke empat. Beza antara erata dan ralat? Apakah maksud mehnah?

Istilah errata merupakan perkataan bahasa Inggeris dan digunakan dalam bidang perpustakaan. Padanannya dalam bahasa Melayu ialah ralat, bukan erata. Perkataan mehnah merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/kesusahan.

Istilah28.04.2010
Medan yg dpt meluaskan pemikiran dlm mendefinasikan perkataan.. tpi kenapa definasi literal untuk 'hak' tiada? hanya ad sinonim sahaja.. minta diberi tunjuk ajar kpda hamba y jahil ini..Hak ialah kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan sebagainya, lihat paparan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hak.Makna25.07.2012

Kembali ke atas